Jumaat, 2 Disember 2011

Mat Sabu Menuduh Perhimpunan Agung UMNO sebagai Perhimpunan Perkauman



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini berkata, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah. 

Beliau menyifatkannya salah satu daripada strategi '3R' atau racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja), Mohamad (tengah) berkata perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC itu dijadikan medan menyerang bangsa dan agama lain di negara ini. 


Ditanya wartawan, alasan kenapa DAP paling banyak diserang, berbanding PAS dan PKR, beliau menjawap: "Sebab PAS Melayu, sebab itu mereka serang DAP." Berbeza dengan tahun-tahun lalu, perbahasan persidangan Umno yang sedang berlangsung dan sayap sebelumnya menyaksikan DAP paling banyak mendapat kritikan perwakilan. 

Manakala PAS paling kurang dikritik kali ini. Kritikan langsung yang diterima parti itu cuma berkaitan dakwaan akan digantikan DAP, isu negara berkebajikan dan masalah perkhidmatan air Kelantan. 

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohamad berkata parti lawan mereka Umno memainkan perkara itu kerana isu lama yang sering digunakan tidak lagi berkesan. "Isu lain macam pembangunan mereka tak boleh dah. "Gagal sebab negara yang pembangunan bagus macam Pulau Pinang dan Selangor kini sudah jatuh ke tangan kita," katanya. 

Katanya, pihaknya sudah menjangkakan isu tersebut akan ditimbulkan dan sentiasa bersedia menghadapinya. Hadir sama dalam sidang media itu anggota parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad. Sementara itu, ditanya tentang dakwaan seorang perwakilan Umno semalam bahawa kegagalan kerajaan PAS-Umno di Perak pada 2008 ekoran wujudnya "baiah talak", Dr Dzulkefly berkata ia tiada kena mengena dan tidak relevan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...