Khamis, 22 Disember 2011

Ramai Pengikut Pas Dah Mula Sedar, Pas Hanyalah Sebuah Parti Yang Boleh Di Perkudakan Oleh PR Dan DAP


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Datuk Dr Hasan Ali seolah-olah mengisytiharkan perang ke atas parti berkenaan dan mencadangkan supaya beliau ‘angkat kaki’ jika tidak bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan. 

Beliau berkata, tindakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor secara terang-terang menolak konsep Negara Berkebajikan bererti beliau tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan semua pemimpin serta ahli Pas termasuklah Presiden dan Majlis Syura. 


Menurutnya, Hasan telah menunjukkan dirinya telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan Pas dan sanggup menolak dasar parti itu dengan membuat tuduhan tidak berasas. “Kami dalam Pas tidak kisah dengan kritikan beliau untuk membina parti. 

Namun, tindakan menolak konsep negara berkenaan yang dipersetujui Muktamar Pas Pusat yang dianggotai perwakilan seluruh negara dan Pemuda, Dewan Muslimah serta Perwakilan Dewan Ulama sebenarnya menyerlahkan niat sebenarnya. 

“Sebab itu saya anggap kenyataan Hasan seperti mengisytiharkan perang dengan parti sendiri sedangkan di dalam mesyuarat sebelum ini, beliau tidak bercakap mengenai masalah ini, sebaliknya menggunakan media,” katanya di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Hasan perlu membuat keputusan untuk dirinya sendiri, sama ada mahu bersama parti atau angkat kaki. 

Katanya, Hasan tidak perlu menyuruh orang lain membuat keputusan itu kerana sebagai pakar motivasi yang mempunyai kelulusan yang tinggi, beliau sendiri boleh meramal nasibnya di dalam Pas. “Angkat kaki lah. Saya tidak akan halangnya untuk berbuat demikian. Atau beliau hendak tunggu Pas buat keputusan (pecat). 

Satu lagi, beliau tidak perlu menjual nama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib serta Ketua Pemuda, Nasrudin Tantawi. “Mereka semua kata Pas berada di landasan yang betul dan tidak tergelincir seperti dakwaan Hasan. Malah mengaitkan nama saya dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebenarnya takut dengan kehebatan saya dan terima kasihlah kerana perkara ini. 

Apa pun, jika saya berada di tempat ini, sudah tentu keputusan yang diambil ialah keluar parti,” katanya. Mahfuz berkata, sekiranya Hasan bertindak demikian (keluar parti), Pas Selangor tidak akan goyang. 

Beliau berkata, ahli Pas jangan terpengaruh dengan apa yang diperkatakan Hasan kerana semua kenyataan itu adalah pandangan peribadinya sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan dasar parti. 

Katanya, Exco Kerajaan Negeri Selangor itu tidak perlu meletakkan Pas di landasan yang betul kerana dirinya (Hasan) yang sebenarnya tersilap dan masih keliru dalam menterjemah perjuangan parti, sebaliknya bertindak menghentam ulama. 

Menurutnya, Pas selesa dengan rakan-rakan dalam Pakatan dan boleh menubuhkan kerajaan yang baik bersama-sama DAP dan sekiranya ada isu tertentu mengenai kedua-dua belah pihak, ia hanya masalah teknikal sedangkan dalam Barisan Nasional, Umno dan MCA pun mempunyai masalah yang sama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...