Ahad, 18 Disember 2011

Pulangkan Balik Kereta BMW Fasha


Kereta mewah jenis BMW 3 Series milik pelakon popular, Fasha Sandha bernilai lebih RM200,000 dilaporkan hilang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.55 petang itu, mangsa bersama ibunya dikatakan baru tiba di salun kecantikan milik keluarganya di pusat beli-belah berkenaan untuk bersiap menghadiri majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Penanggal di Bukit Bintang, di sini. 



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kereta aktres berkenaan. “Berdasarkan laporan dibuat, kereta itu diletakkan di tepi Jalan Delima berhampiran Wangsa Walk dalam keadaan berkunci. “Ketika mahu kembali ke keretanya, mangsa mendapati kereta itu hilang. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam. Sementara itu, Fasha ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Penanggal, lewat petang semalam, mengesahkan kehilangan keretanya dan memaklumkan laporan polis sudah dibuat oleh ibunya. 

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya. Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, kehilangan kereta terbabit hanya disedari Fasha ketika bergegas mahu ke lokasi majlis pelancaran filem di Bukit Bintang. 

“Fasha tidak ada sebarang penggambaran dan menghabiskan masa menguruskan salunnya sambil bersiap untuk menghadiri majlis pelancaran filem terbaru. “Bagaimanapun, ketika mahu bertolak ke lokasi majlis, Fasha mendapati keretanya hilang menyebabkan beliau panik, malah terlewat ke lokasi majlis,” katanya.

3 ulasan:

  1. pakai keta nak mahal je, ada kelass je. tgk Myvi, lagi power lagi best! hahahaha

    BalasPadam
  2. fuh...baru aku taw minah nih ade kete idaman aku...hebat...jadi artis ah! hahaha

    BalasPadam
  3. park tepi jln pn 1hal jgk...keta mahal kn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...