Selasa, 20 Disember 2011

Perarakan Besar-Besaran Mahasiswa Di KPT Putrajaya Mohon Timbalan Menteri KPT Letak Jawatan



Salam ASPIRASI : Jemputan ke Himpunan Aman Sokong PM

21 Disember 2011 (Rabu) 2.30petang di hadapan bangunan KPT Putrajaya.

Mahasiswa dan Alumni di semua IPT seluruh Malaysia dijemput untuk menunjukkan sokongan kepada YAB DS Najib sebagai PM Malaysia. Bagi terus memimpin negara ini dan mendesak Saifuddin Abdullah melepaskan jawatan dalam kabinet dan parti kerana telah memalukan nama baik pemimpin no 1 negara.

Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang mahukan YAB DS Najib terus meneraju negara. Sebarkan kepada rakan seperjuangan. (Syukri Setiausaha Agung ASPIRASI).




Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjelaskan kehadirannya di tempat berlakunya perhimpunan yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak semata-mata untuk menerima memorandum. 


Katanya, walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara dan penegakan demokrasi, tetapi insiden Sabtu lalu "bukan sebahagian daripada demokrasi yang dimaksudkan", yang ingin dicapai melalui pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). 

"Saya juga menjunjung idealisme perjuangan mahasiswa dan percaya pada mahasiswa. Tetapi, perbuatan menurunkan bendera itu tidak mewakili apa yang dimaksudkan itu. "Justeru, saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan menuntut pihak yang bertanggungjawab memohon maaf kepada Datuk Seri Mohd Najib," katanya. 

Malah, Saifuddin (kanan)menyifatkannya sebagai "perbuatan terkutuk" dan penganjur - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) - mesti meminta maaf. Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno. 

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula bendera Najib. 

Aspirasi anjur demo balas 

Dalam kenyataan hari ini, Saifuddin berkata beliau bersetuju hadir menerima memorandum mahasiswa dengan andaian lebih cepat beliau menerimanya, lebih cepat bantahan itu berakhir. 

Selepas mengetahui insiden itu melalui Twitter, tambahnya, beliau menghubungi penganjur dan pihak itu semalam didakwa bersedia memohon maaf kepada Najib. Bagaimanapun, menurut Saifuddin, insiden itu tidak mengganggu komitmen kerajaan dalam meminda AUKU. Penganjur perhimpunan dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini menyatakan pendirian tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara. 

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan mahasiswa pro-aspirasi pula merancang mengadakan perhimpunan menyokong Najib pada 21 Disember sebagai reaksi kepada perhimpunan anti-establishment Sabtu lalu. Mereka juga mahu mendesak Saifuddin melepaskan jawatan dalam kabinet dan parti kerana didakwa memalukan nama baik Najib. 

"Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang mahukan YAB DS Najib terus menerajui negara," kata Setiausaha Agung Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Muhammad Syukri Ibrahim.

1 ulasan:

  1. dah cujup kerenah saifuddin ni, terangnyata dia talibarut anwat, tak payah tipu lagi. Harap dapat link... sama2 berjuang

    aliffmy.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...