Rabu, 21 Disember 2011

Pengerusi DAP Teresa Kok Intai Jawatan Menteri Besar Selangor


Pengerusi DAP yang dahulu nya pernah di katakan mempunyai skandal gambar bogel kini beliau ingin merampas kerusi Menteri Besar Selangor iaitu hak milik orang melayu, dimanakah kemuliaan dan kejajahan orang melayu sekarang ni sampaikan Jawatan orang melayu pun hendak di beri kepada bangsa asing.

Pakatan Rakyat (PR) Selangor menafikan dakwaan mengatakan DAP mahu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti kaum itu kerana mengintai jawatan Menteri Besar Selangor. 


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata, dakwaan itu sama sekali tidak timbul kerana DAP tidak pernah mengintai jawatan Menteri Besar tetapi mengakui bercadang untuk meletakkan calon Melayu dari parti itu di kawasan majoriti Melayu. 

Menurutnya, sebelum ini memang DAP mencadangkan kepada PR supaya calon Melayu daripada DAP dibenarkan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hasrat itu ditolak selepas perbincangan diadakan bersama Pas dan PKR. 

“Kalau kita lihat, sebelum ini DAP hanya bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan empat Parlimen. Jadi daripada segi pengaruh yang ada tidak mungkin DAP dapat mengambil jawatan Menteri Besar. 

“Cuma kita ada pernah bercadang untuk meletakkan calon Melayu dari DAP di kawasan majoriti Melayu tetapi hasil perbincangan bersama PKR dan Pas maka ia tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang timbul masalah lain seperti dieksploitasi oleh Umno yang menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...