Isnin, 28 November 2011

Nasib Pengundi Di Dalam Bandar Perlukan Perhatian Lebih


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu memperjuangkan masalah rakyat luar bandar sahaja. 

Beliau berkata, berdasarkan kajian ke atas bilangan pengundi, 60 peratus berada di bandar dan pinggir bandar serta 38.8 peratus lagi yang berumur 21 hingga 40 tahun kebanyakannya pengundi di bandar.


“Tidak benar kalau ada anggapan mengatakan UMNO ‘parti kampung’ kerana program yang dilaksanakan tidak hanya tertumpu menyelesaikan masalah rakyat di luar bandar tetapi merangkumi seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis berkhatan perdana Parlimen Bagan Datoh, di sini hari ini. 

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebagai contoh, Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Politik (PTP) bukan hanya untuk penduduk luar bandar sahaja, sebaliknya merangkumi seluruh kategori pelbagai kumpulan di negara ini. 

“Lebih 80 peratus daripada kumpulan pertengahan mengatasi golongan bawahan dan atasan kerana kebanyakan mereka berada di bandar atau di pinggir bandar yang dikategorikan sebagai masyarakat ‘permata’,” katanya. 

Beliau berkata, kumpulan berkenaan diberi tumpuan sepenuhnya oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...