Isnin, 5 Februari 2018

Lombong Pasir Pemimpin PKR Selangor Melindungi Penjenayah Korupsi, Pecah Amanah & Salah Guna Kuasa

Cikgu Bard membuat laporan terhadap Pemimpin PKR Selangor di SPRM Putrajaya kerana terdapat kes pecah amanah , salah guna kuasa dan mempunyai unsur korupsi bagi memperolehi keuntungan peribadi .

Pada 25/01/2018 Che'gu Bard telah membuat laporan ke SPRM Putrajaya keatas pemimpin Pakatan Rakyat yang terlibat dengan kegiatan jenayah korupsi, memperdaya dan pecah amanah serta pemalsuan dokumen kerana pekara ini telah diketahui lebih dari setahun tetapi bukan sekadar didiamkan malah dilindungi penjenayahnya. Antara terlibat melindungi ialah 

• YB Suhaimi Shafie, ADUN Seri Muda Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Kota Raja. Dia juga dikatakan punya kaitan persaudaraan dengan Azmizam yang dinamakan lebih awal 

• YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Ketua Cabang Kota Raja yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor. Dan ramai pimpinan kerajaan negeri termasuk pimpinan anak syarikat KKSB iaitu entiti yang diberi hak mengawal selia perlombongan mineral di Selangor

Sumber Klik Disini




Che'gu Bardtelah membuat satu laporan ke SPRM  ke atas nama individu individu yang tersenarai di bawah 

 • Azmizam Zaman Huri yang merupakan Penyelaras ADUN Perlabuhan Kelang bagi Kerajaan Negeri Selangor, 

Naib Ketua PKR Kota Raja dan juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, penama juga dikatakan bakal calon PRU 14 bagi PKR di DUN Perlabuhan Kelang 

 •  Norashikin Bin Selamat, AJK PKR Kota Raja 

 •  Muhamad Khushairi, AMK PKR Kota Raja yang juga kakitangan Pej. KADUN Kota Raja.
 •  Norazlina Binti Mohd Ali (no. K/p : 690604- 10- 6270) 

Beliau berkata individu individu tersebut boleh dikenal pasti  melalui dokumen dan gambar dilampirkan telah mengggunakan kedudukan mereka di dalam pertubuhan Parti Keadilan Rakyat Selangor yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi bertujuan mengambil duit bagi melobi (rasuah) untuk dapatkan hak melombong pasir’ serta memperdayakan orang ramai.

Setakat ini 3 syarikat telah diperolehi rekodnya serta laporan ini turut dikepilkan rekod perbankan yang diambil dari dua syarikat serta beberapa individu. Sebahagian dari penama telah menggunakan kedudukan politik dan dalam kerajaan negeri bagi memalsukan surat berkaitan kerajaan negeri yang mana surat ini juga dilampirkan. Bukan satu surat dipalsukan tetapi banyak dan dipalsukan dari perbagai agensi dan pihak. 

Disyaki dan amat diyakini wang yang diambil adalah antaranya bertujuan bagi tujuan menyogok pihak yang berkuasa dalam kelulusan pasir. Bukan sahaja jenayah korupsi namun jenayah pemalsuan dan penipuan juga dilakukan oleh sindiket ini.

Bukan itu sahaja mungkin terdapat sesetengah Penjawat Awam di Selangor yang dikhutiri tiba tiba mereka memperolehi kemewahan dengan cepat dan dipercayai mereka dilindungi oleh Pemimpin PKR dengan  penyamaran dengan nama KUMPULAN SEMESTA PLT dan mereka telah menerima RASUAH bagi tujuan rasuah bagi mendapatkan kelulusan lombong pasir dijalankan.

Amat mengharapkan siasatan dan tindakan tegas serta serius dari pihak SPRM. Saya merasakan sangat kecewa kerana dalam proses pengumpulan maklumat yang dilakukan antara alasan yang jenayah seperti ini didiamkan ialah kononya salah satu transaksi besar wang haram ini digunakan oleh salah seorang penama di adukan untuk menanggung perbelanjaan membawa petugas PKR ke Pilihanraya Negeri Sarawak. Ini sangat memalukan kerana wang haram dalam politik sudah tidak boleh dibezakan dan nama perjuangan serta rakyat hanya mengaburi mata. 

Che'gu Dard hadir ke SPRM bersama laporan setebal 300 muka surat dokumen yang terdiri dari dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar – gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan yang paling menarik ialah surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan sebahagian kegiatan sindiket ini. Pihak kami juga telah berjaya memujuk dan menampilkan beberapa saksi yang sedia memberikan kerjasama membantu SPRM. Untuk pengetahuan semua kegiatan korupsi dalam negeri Selangor ini perbagai, sindiket yang didedahkan ini hanya kumpulan koruptor kecil dibawah paying Kartel Azmin Ali. 

Set laporan ini telah diperolehi oleh beberapa pimpinan PH lebih awal namun semua membisu malah lebih menyedihkan apabila ada yang menasihatkan kami supaya berdiam dulu kerana PRU sangat hampir dan takut hilang undi. Maka menjadi amat lucu apabila pihak PH mengatakan akan mengawal bekas dictator yang akan diberi kuasa semula. Bagaimana nak kawal Mahathir jika jadi Perdana Menteri, nak kawal Azmin dan kartelnya yang baru jadi MB pun jelas tak mampu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...