Rabu, 7 Februari 2018

GST Punca Rakyat Memarahi Pentadbiran Kerajaan @NajibRazak @DrAliHamsa @TengkuAdnanReal


Hari ini aku nak cerita sedikit tentang GST disebabkan ada dikalangan puak pembangkang yang sering menuduh kelembapan ekonomi adalah berpunca dari Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ini kerana beliau telah mengenakan GST 6% kepada rakyat yang. Puak Pembangkang dari Pakatan Harapan berang apabila kerajaan mengenakan GST sebanyak 6% kepada rakyat dan mereka mengatakan Perdna Menteri menggunakan duit GST untuk kepentingn peribadi

Mereka juga mengatakan sejak ahkir akhir ini Kelembapan Ekonomi mula dirasai oleh kebanyakan rakyat khususnya dari Kumpulan Golongan Bawahan serta golongan di peringkat pertegahan. Dan disini saya sebagai orang yang tak beberapa bijak akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Cukai GST kepada Puak Pakatan Harapan dan saya cuba olahkan dalam bentuk bahasa pasar sebab ada dikalangan Pakatan Harapan yang bijak pandai tapi BLURR. 

Kenapa Najib kenakan cukai GST ?. 

Sebelum cukai GST di perkenalkan, rakyat sudah ada cukai SST sebanyak 10% yang dikenakan kepada rakyat tetapi mengapa takda seorang pun yang nak menyalak macam anjing tersepit. Sebab dahulu rakyat tak nampak aliran cukai tersebut kemana pergi nya disebabkan itu juga kerajaan tidak dapat mengawal cukai SST kerana ramai peniaga tidak pernah pun mendaftar perniagaan mereka dengan kerajaan bagaimana kerajaan ingin mengutip cukai dan ramai peniaga yang tak bayar cukai dan ada pula yang lari cukai. Dan disebabkan itulah kerajaan mengenakan GST ini bermakna peniaga peniaga tidak boleh lari dari membayar cukai mereka juga terpaksa mendaftarkan perniagaan mereka dengan kerajaan supaya kerajaan mudah memantau peniaga peniaga supaya mereka tidak terlepas dari membayar cukai kepada kerajaan. Bayangkan kalau rakyat dikenakan cukai 10% oleh peniaga tetapi peniaga tidak membayar cukai kepada kerajaan sapa yang kaya. 

Kenapa sejak GST dikuatkuasakan harga barang mula melambung mahal dan rakyat tak mampu nak membeli?

Sebenarnya kalau di ikutkan apabila GST dikuatkuasa semua harga akan turun tetapi peniaga peniaga dah memang bijak sejak dari azali lagi mereka memang bijak tetapi mereka bijak menipu untuk mendapatkan keuntungan lebih tetapi ini hanyalah terdapat pada sesetengah individu serta  peniaga. Sebagai contoh harga asal RM10.00 apabila GST dikuatkuasakan mereka terus menaikan harga sebanyak 6% dan harga berubah kepada RM10.60 dan peniaga juga kenakan cukai 6% keatas barang yang berharga RM10.60 dan akhirnya rakyat kena bayar setelah dicampurkan dengan GST adalah RM11.50. 

Kenapa Pihak Penguatkuasa Kerajaan tidak pergi membuat pantauan dan ini bermakna pentadbiran kerajaan lemah di bawah Najib? 

Ye itu saya akui tapi tak boleh salah kan Najib tak kan beliau nak buat semua kerja sebagai diperingkat dasar beliau dah serahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak Pelaksana untuk melaksanakan sebarang tugas mengikut perjawatan yang dipohon tetapi malangnya ada sikap sikap pelaksana yang tidak mengambil serius dalam sesuatu pekara dan mungkin juga di ada kenkangan di peringkat perjawatan di Kementerian tidak mencukupi bagi  memantau seluruh pasaraya di dalam Malaysia. Dan kita tahu di dalam Malaysia sahaja ada berapa biji kedai Super Market, beberapa buah Pasar Raya dan ada berapa biji kedai runcit di seluruh Malaysia. Dan di dalam Malaysia hanya ada berapa ramai orang penguatkuasa diseluruh Malaysia untuk memantau seluruh pasar raya pasar raya tersebut. Sepatutnya sebagai rakyat kita lah yang memainkan peranan memantau harga barangan dan sekiranya terdapat harga barang tersebut mahal laporkanlah kepada Pihak KPDNKK supaya penguat kuasa dalam keadaan terkawal 

Dahulu kerajaan mengutip cukai hanya mendapat 16B tetapi sejak GST diperkenalkan kerajaan memperolehi 40B tetapi kenama hilang nya duit tersebut? 

Kalau Pakatan Harapan nak tahu Najib Tun Razak telah banyak menyelamatkan Malaysia dari muflis kerana Najib Razak terpaksa membayar balik segala hutang hutang yang ditanggung oleh rakyat Malaysia selama ini. Cuba bayangkan Kerajaan meminjam dari Bank Negara sebanyak 100B untuk membangunkan negara tak kan bank negara memberi pinjaman begitu sahaja tanpa dikenakan intres paling tidak pun kerajaan akan membayar balik sebanyak 150B dalam jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh kerajaan kena bayar balik 50B setahun selama 3 tahun, jikalau Malaysia hanya mengutip cukai sebanyak 16B ini bermakna baki yang kurang akan dibawa ke tahun depan dan kerajaan akan membayar sebanyak 84B pada tahun hadapan. Bayangkan kalau hutang bertambah bertambah akhirnya Malaysia terpaksa digadai bagi menjelaskan hutang bank negara kerana Bank Negara pun meminjam dari bank luar negara. 

Kenapa sekarang rakyat melihat kerajaan seolah tidak mempunyai kewangan? 

Betul ke kerajaan sekarang dilihat tidak mempunyai kewangan mana tahu nimungkin jugak laa sekarang ni kerajaan terpaksa menanggung bebanan rakyat bagi membayar kekurangan keperluan rakyat sebagai contoh harga beras di pasaran dunia beras berharga RM50.00 dan market value di dalam Malaysia RM40.00. kalau naik kan harga beras RM50.00 nanti rakyat tak mampu nak membelinya, kerajaan terpaksa tanggung selebihnya harga beras tersebut bagi cukupkan RM50.00 untuk dibayar balik kepada pengeluar beras ini kerana Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri terpaksa melakukan pekara tersebut untuk membantu rakyat supaya rakyat tidak terbeban dan terkejut dengan harga barang melonjak tinggi jikalau dibandingkan dengan negara negara lain.

 Aku rasa ini lah jawapan bodoh aku sebagai rakyat yang menilai buruk baik GST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...