Rabu, 5 November 2014

PAS Membawa Ajaran Sesat Dan Memesongkan Akidah Umat Islam @TengkuAdnanReal @RazlanRafii


Perhatikan  Iman 1 dan Iman 2


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam. Sememang PAS  busuk hati, dengki, ego, sombong dan banyak lagilah perangai buruk depa. Kalau mengata, mengumpat, memaki hamun, bagi kat depa. Tetapi apabila kena pada 'batang hidung' mereka melenting tak habis habis. Isu terkini Pemuda PAS telah menghantar memorendom kepada Datuk Seri Tengku Adnan kononnya Pemuda PAS berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung UMNO yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat. 

Di sebaliknya ucapan Datuk Seri Tengku Adnan Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu. "Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. "Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita.  

Kita perhatikan video dibawah




Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira jam 1.20 petang ini. Dalam laporan polis itu, beliau menyifatkan kenyataan Tengku Adnan dalam Multaqa Biro Agama Umno kelmarin "bersifat fitnah" dan "boleh mencemarkan nama baik PAS di kalangan ahli dan masyarakat". "Justeru, kami memohon supaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat disiasat motif ucapannya kerana ia begitu sensitif apatah lagi ia bersifat fitnah," laporan polis itu dipetik.

Begitu juga pada petang tadi Pemuda Wilayah Sdr Razlan Rafi dalam sidang akhbar memberi tahu bahawa Pas bukan sahaja sebuah Parti Ajaran Sesat malah Parti PAS juga telah tersesat jauh dari hala tuju. Perkara tersebut disuarakan oleh Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar yang mana beliau akan merujuk kepada Lajnah undang-undang PAS bagi tindakan susulan. Kata Mahfuz, kita (PAS) mengecam kenyataan Tengku Adnan yang menuduh‎ PAS sebagai sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam. PAS akan mendapatkan nasihat daripada Lajnah Undang-Undang bagi mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada Setiausaha Agung UMNO itu, katanya seperti yang dilapor oleh sebuah portal pembangkang semalam. 



Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, semalam. Tengku Adnan turut mendakwa UMNO merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara. Memang betul apa yang dikatakan oleh Tengku Adnan tu. 

Apa alasan yang boleh PAS pertikai akan kenyataan Tengku Adnan itu? Sebenarnya, dalam isu ini, PAS yang sepatutnya 'cermin' diri sendiri. Satu ketika dahulu, kalau pembaca-pembaca blog semua ingat atau baca kenyataan oleh Hj Hadi Awang, kini Presiden PAS dalam sebuah buku iaitu 'Amanat Hj Hadi' yang mana terdapat keji-mengkeji, hasut-meghasut dan mengkafirkan orang-orang UMNO. 

Kenapa PAS dan Mahfuz tidak memikirkan perkara tersebut, sudah lupa kah Mahfuz dan PAS? Tidak ada tindak balas pun dari orang-orang UMNO walaupun rata-rata ahli-ahli UMNO melenting dan marah kepada 'Amanat Hj Hadi' yang mana ianya menjurus kepada perpecahaan diantara umat-umat Islam di negara ini. Kini, apabila orang UMNO seperti Tengku Adnan pula yang menuduh bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat, PAS melenting, dan nak saman pulak tu. 

                    Petikan berita dari Malaysiakini
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat Islam. Sebaliknya, Umno ialah parti Melayu yang memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara, kata setiausaha agung Umno itu. "Tidak ada parti seperti Umno, saya hendak beritahu. Kalau kata PAS itu Islam, pada saya, PAS itu parti mengajar ajaran sesat. Parti yang akan memesongkan akidah. "Berapa surau, masjid yang PAS bangunkan? Yang mereka tahu, pecah belahkan kita. 
Memesongkan akidah kita. "Dia yang mulakan sembahyang dua imam, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh makan, (mengatakan) imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita," katanya. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di Kuala Lumpur. Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Nan berkata, taman asuhan kanak-kanak yang dibangunkan PAS bertujuan merosakkan minda kanak-kanak di peringkat awal. 
Katanya, doktrin seperti itu menjadi cabaran kepada Umno bagi menghalang usaha penyebaran fahaman PAS dilakukan dari usia muda. "Kita jangan lupa, Umno sedang menghadapi cabaran puak PAS yang mendidik anak-anak mereka sejak kecil, dan sekarang sudah besar, mengatakan Umno ini taghut, kafir. "Mereka tanamkan semangat ini sejak kecil. Bagaimana kita hendak kekang? Ini cabaran," katanya. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pelbagai isu sensitif yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini berpunca dari kegagalan orang Melayu bersatu. 
Katanya, ahli Umno perlu bijak menyampaikan kepada masyarakat maklumat mengenai sumbangan parti itu yang lebih banyak berjasa dari PAS. "Kebelakangan ini macam-macam dipersoalkan, kalimah (Allah), Bible. Ini semua berlaku kerana bangsa Melayu tidak bersatu. Umat Islam berpecah belah, bawa fahaman yang songsang dalam negara. Memutar belit. "Mereka menggunakan Islam untuk kepentingan politik. 
Umno sehingga ke hari ini tidak pernah menggunakan secebis ayat untuk mendapat kuasa," katanya. Ku Nan turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Fasal 3 Perlembagaan Umno dipinda. "Perdana menteri sudah setuju supaya satu perjumpaan khas diadakan untuk tukar Fasal 3 mengikut Islam yang berlandaskan sunnah dan Al-Quran. "Kenapa ini kita lakukan? Macam-macam ajaran sekarang datang ke negara kita, macam-macam mazhab, sehinggakan rakyat jadi kelam kabut," katanya.
Betul ke tidak PAS ni atau pemimpin PAS seperti Mahfuz ni memang dah sewel atau dia sendiri yang dah sesat dan mengamalkannya. Sudahlah Mahfuz. Baik kamu lupakan hasrat ko tu. Apa ko ingat kami orang-orang UMNO akan diam dan berpeluk tubuh sahaja. Sila...silakan wahai Mahfuz kerana kenyataan ko tu memang satu kenyatan yang bodoh, benggong dan tidak mendatangkan hasil. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...