Ahad, 11 Februari 2018

Shahrizat Berharap Rakyat Tidak Mendengar Khabar Angin & Membuat Spekulasi Sendiri @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berharap rakyat hentikan spekulasi sebegini yang mengatakan beliau akan bertanding di Putrajaya

Tindakan beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dengan mengaitkan nama Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti disifatkan sebagai tidak masuk akal. 

Beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan khabar angin itu kerana keputusan meletakkan mana-mana calon bertanding pada PRU-14 nanti adalah keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Jelas beliau juga, Putrajaya ketika ini telah dipimpin oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan cukup baik, malah Setiausaha Agung UMNO itu turut mengambil berat keadaan masyarakat di peringkat akar umbi di sana.

Dan beliau mendesak "rakyat jangan buat spekulasi serta mendengar khabar angin yang bukan bukan dan hentikan spekulasi mengenai siapa jadi calon di kawasan mana, kerana beliau tanggungjawab selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia saya akan pastikan jentera wanita akan lebih mantap,” katanya 

Sumber dari Klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...