Rabu, 27 September 2017

Pembangkang Diputar Belit Oleh Profesor Serba Tak Tahu



Mahathir membuktikan kebenaran bahawasa nya beliau hampir nyanyuk dan beliau menjadi profesor serba tak tahu ketika perbincangan di White House diantara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing? Tiada dalam perbincangan, tapi beliau tahu semuanya perkara. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata "tidak tahu". Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu. 

Tetapi bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu. Tuduhan Mahadir bahawasanya keputusan Najib razak membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump. Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa. 

Ini bermakna tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat. Pada tahun 1994 pada ketika itu Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan beliau lah yang telah melingkupkan MAS dah mengalami kerugian yang amat teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001. 

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) dijalankan pada tahun 2002. Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.PMB yang memiliki kapalterbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep "leasing". Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat "aircraft leasing". Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo. 

Dan konsep "aircraft leasing" telah digunapakai dari zaman Mahathir lagi tetapi kini kenapa beliau mempersoalkan sistem pajakan dan bukan milik MAS Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah "aircraft leasing" ini. Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat "aircraft leasing" bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang. Dalam masa yang sama Malaysia juga akan beroperasi di Eropah dan US dengan jarak yang luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur" kata Peter Bellew. Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. 

Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja. Boeing turut menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister. 

Pada 6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion. Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...