Khamis, 9 Jun 2016

#SCS93 #PRKSgBesar - Kantoi Pihak DAP Dalang Menampal Poster Provokasi Sengaja Memainkan Isu Perkauman

POSTER PROVOKASI YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK DAP 
BAGI MEMBANTU PIHAK PARTI AMANAH NEGARA (PAN)

#SCS93  #PRKSgBesar - Pihak Parti Amanah Negara (PAN) berang apabila provokasi dari pihak PAN mula disedari oleh pihak berkuasa dan mengakibatkan kemarahan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu apabila salah seorang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menurunkan pemasangan banner provokasi dengan mengesahkan bahawa DAP adalah dalang di sebalik banner tersebut. 

Provokasi yang dilakukan oleh PAN bertujuan mencetus kebencian kepada kaum cina untuk mengundi  Parti Barisan Nasional dan ini dilakukan oleh Ronnie Liu dan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng bersama sekumpulan penyokong DAP yang memakai baju oren, warna rasmi PAN. 



Mereka dilihat cuba memarahi dan mempertikai tindakan penguat kuasa SPR menurunkan banner provokasi itu. Namun, bantahan sekumpulan aktivis DAP yang memakai baju PAN itu bagaimanapun tidak dipedulikan oleh pegawai penguatkuasaan SPR itu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. 

“Pihak SPR sekali lagi mengingatkan bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. “Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau merujuk kepada tindakan menaikkan papan iklan berbaur perkauman dan fitnah yang dilakukan oleh pihak PAN di Sekinchan dan pihak polis hari ini mengesahkan telah menerima satu laporan polis tentang berkaitan perkara tersebut. 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan kempen pilihan raya yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran terhadapnya boleh diambil tindakan sewajarnya. “Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...