Rabu, 2 Mac 2016

Individu Menghina Pemimpin Negara Wajib Ditangkap Dan Dibawa Ke Muka Pengadilan @Zahid_Hamidi @NajibRazak @PDRMsia


1 / 3 / 2016 Selasa – Individu yang menghina pemimpin negara, Doris Jones wajib ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat memberi pengajaran kepada pengguna laman sosial terutamanya mendidik generasi muda lebih beretika.




Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) Datuk Nadzim Johan telah membuat satu laporan polis berkaitan penghinaan yang dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah menyamakan beliau seperti binatang dan pekara ini telah di memuat naik dilaman laman media sosial dan ini juga merupakan satu perbuatan provokasi yang melampau yang telah membuat lakaran poster menyamakan seorang pemimpin negara seperti binatang diatas penghinaan tersebut pihak PPIM telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi,Kuala Lumpur. 


Turut hadir sama Pengarah Unit Tindakan Khas En Yusuf Azmi dan Datuk Seri Amir Hamzah Penasihat Kehormat PPIM juga telah mengencam sekeras kerasnya diatas perbuatan yang menghina salah seorang pemimpin negara. En Yusuf Azmi berkata “PDRM perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang membuat penyebaran dilaman media sosial terhadap pemimpin negara dan individu tersebut telah mengubah suai wajah Timbalan Perdana Menteri merupai seperti haiwan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun terhadap pemimpin negara dan imej ini boleh didefinikasikan sebagai satu hasutan terhadap pemimpin negara, dan pekara ini seharusnya pihak PDRM kena bertegas terhadap individu yang cuba menghina pemimpin negara”

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap agar pihak berkuasa PDRM serta pihak pihak tertentu dapat menangangi dengan kadar segera dan perlu dikenakan tindakan tegas supaya pihak berkenaan tidak mudah serta sewanang wanangnya mencemarkan Imej pemimpin Negara walaupun negara ini bebas menyuarakan pendapat tetapi tidaklah sehingga menghina serta mengubahsuai wajah seorang pemimpin negara . Pihak PDRM perlu mengambil tindakan segera serta dikenakan sewajarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...