Isnin, 18 Januari 2016

Perdana Hitam Mencadangkan 4 Pekara Mengoptimunkan Perbelanjaan Negara @NajibRazak @DrAliHamsa @Zahid_Hamidi


Kerajaan Malaysia pada masa kini harus meneliti dan membuat satu kajian tentang kos sara hidup yang meningkat tinggi dan juga kerajaan perlu membuat satu plan inisetif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan dengan kenaikan kos harga barang disebabkan kelembapan ekonomi dunia yang tidak menentu khususnya pada tahun 2016. 

Cabaran ini pihak kerajaan harus memainkan peranan penting dengan mengunakan semua kaedah dengan mengoptimunkan perbelanjaan kerajaan sebagai contoh: 
  1. Kerajaan harus mengurangkan penyewaan kenderaan dari pihak spanco yang mana lambakan kenderaan spanco yang tidak digunakan oleh jabatan harus dipulangkan supaya ia dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan. 
  2. Kerajaan juga harus mengarahkan semua penjawat awam kakitangan kerajaan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam pemantauan kenaikan harga barang dan pekara ini juga tidak terhad kepada penguatkuasaan KPDNKK malah kakitangan penjawat awam juga diberi kuasa untuk memantau harga harga barang keperluan isi rumah. 
  3. Kerajaan juga harus mengambil langkah penjimatan dengan menyediakan kenderaan jabatan sebagai contoh semua bas didalam jabatan kerajaan harus digunakan untuk mengambil dan menghantar pegawai kakitangan kerajaan hadir ke pejabat. Disamping itu juga bas jabatan boleh dijadikan sebagai bas sekolah bagi menjimatkan perbelanjaan isi rumah. 
  4. Dan kerajaan juga harus mencadangkan kepada pihak sekolah agar menyediakan makanan dan minuman kepada para pelajar dan pihak sekolah akan mengenakan bayaran 50% kepada ibupada dan 50% lagi akan ditanggung oleh kerajaan. 

Kupasan dari cadangan diatas 
Lambakan kereta spanco yang kerajaan tidak gunakan amat membazir sedangkan kerajaan tetap akan bayar sewa kenderan spanco secara pukal setiap bulan berpuluh puluh ribu ringgit tapi sayangnya pihak kerajaan tidak menggunakan kenderaan secara mengeluruh tetapi hanya sekadar untuk tayangan untuk jabatan sahaja dan tidak digunakan sepenuhnya. Ini jelas kerajaan harus mencari kaedah bagaimana jika kenderaan spanco dikurangkan atau kerajaan terpaksa membuat sewaan mengikut harian apabila kenderaan benar benar diperlukan pihak jabatan. 

Kerajaan harus meneliti tentang isu pembuangan kakitangan penjawat awam malah kakitangan penjawat awam boleh dijadikan sebagai pengguna dan penguatkuasa untuk memantau harga barang supaya semua penjawat awam dapat menyampaikan harga harga barang kepada pihak yang berkuasa seperti pihak KPDNKK supaya peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan sewajarnya dengan lebih pantas oleh pihak kerajaan. 

Disamping itu juga pihak kerajaan harus melihat kesesakan yang dihadapi oleh penjawat awam pada masa kini serta lambakan kenderaan yang digunakan penjawat awam pada waktu pagi yang terpaksa berasak asak untuk memasuki ruang pejabat dengan adanya penyediaan kenderaan jabatan seperti bas jabatan ini juga boleh mengurangkan kos perbelajaan serta kesesakan yang berlaku pada masa kini. Disamping itu juga bas jabatan boleh dijadikan sebagai kenderaan bas ke sekolah untuk menghantar pelajar sekolah yang terletak berhampiran dengan sekolah. Ini juga pihak jabatan harus melihat dengan lebih diteliti dan lebih teratur supaya ibubapa tidak menjadi risau tentang keadaan anak mereka diwaktu pagi ke sekolah dan waktu pulang ke rumah. 

Pihak kerajaan juga harus menyediakan subsidi kepada para pelajar dengan menyediakan makan kepada semua pelajar dengan kadar 50% dan dikenakan bayaran sebanyak 50% kepada ibupada pelajar dan dibayar kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah boleh menyediakan makanan pada waktu rehat. Apa yang berlaku pada masa kini kebanyakan pelajar sekolah sanggup berlaparan dan tidak membelanjakan duit yang disediakan oleh ibubapa hanya dengan menyimpan duit belanja untuk membeli topup telefon. Dengan adanya makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak sekolah kebimbangan pihak ibubapa tentang kelaparan anak disekolah mungkin akan berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...