Isnin, 14 Disember 2015

Kerajaan Harus Membuat Kajian Kemiskinan Didalam Bandar Dan Diluar Bandar @NajibRazak @DrAliHamsa @Zahid_Hamidi


                                

Dalam pandangan saya kerajaan harus membuat satu kajian tentang Kemiskinan Didalam Bandar Dan Kemiskinan Diluar Bandar yang pernah dilakukan oleh agensi ICU JPM pada tahun 2008 yang pernah melibatkan kakitangan bawah supaya menyertai dan melibatkan diri supaya kakitangan bawah merasai dan tahu cara perjalanan pegawai pegawai atasan yang membuat tugasan dengan cara berkesan. Penglibatan tersebut dapat melihat bagaimana kehidupan rakyat yang serba serbi hidup dalam kesusahan walaupun terpaksa menghadapi kehidupan di dalam bandar .

Penjawat awam perlu menerapkan budaya 'Cari dan Bantu' dalam menjayakan konsep merakyatkan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, adalah tidak berguna sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan sasar dan pelanggan kerana kekangan tertentu. 

Beliau mengambil contoh bantuan untuk golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) tidak sampai kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan untuk ke pejabat kerajaan atau tidak tahu cara untuk memohon. "Oleh itu saya minta penjawat awam dari semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun padang, mencari dan membantu (search and serve) mereka ini," kata Ali kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Bestari Jaya, di sini hari ini. 

Tan Sri Ali Hamsa menegaskan: "Tiada guna ada perkhidmatan jika penggunanya (rakyat) tidak tahu atau tidak sampai kepada golongan yang disasarkan, dan saya mahu konsep ini diterapkan dan dipraktikkan mulai tahun depan," katanya. Kos pembinaan dewan serba guna bernilai RM3 juta itu disumbangkan Yayasan Rafulin dan Alumni Kohort 82-86 Sekolah Menengah Batang Berjuntai. Ia dijangka siap awal 2017. Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Rafulin dan Pengerusi Rafulin Holding Datuk Mohd Razali Othman dan Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor. 

Dalam masa yang sama kerajaan dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Paduka Najib Razak akan memulakan perbincangan untuk menentukan pelan dan visi pasca Wawasan 2020 tidak berapa lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, idea dan inisiatif ke arah perbincangan itu sudah dilontarkan bagi menentukan hala tuju mengenainya akan ditentukan dalam masa satu atau dua tahun akan datang ini. "Kita tidak boleh tunggu sehingga tahun 2020 untuk tentukan atau mengolah visi pasca 2020, kita mesti memulakan perbincangan ini. "Proses mencambah pemikiran memerlukan pembabitan banyak pihak, termasuk cendikiawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam... proses perbincangan ini akan memakan masa," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), di sini, malam tadi. Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memperkenalkan model baharu dalam pemberian biasiswa untuk mencegah penerima biasiswa mengelak daripada berkhidmat dengan kerajaan. Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan, sesetengah penerima biasiswa sengaja menggagalkan diri dalam ujian perkhidmatan awam untuk mengelak direkrut sebagai penjawat awam. Beliau berkata, keadaan itu tidak menguntungkan kerajaan yang menyediakan ratusan ribu Ringgit (sebagai biasiswa) kepada pelajar, tetapi tidak mendapat bakat berkenaan. "Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal untuk melaksanakan model baharu dalam pemberian biasiswa," katanya. 

Dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), di sini, malam tadi, Najib berkata, pegawai PTD yang juga pemikir, perancang dan pelaksana dalam perkhidmatan awam perlu memikir untuk mengolah semula strategi pembangunan negara dalam persekitaran global yang tidak menentu. "Antara cabaran yang dihadapi, termasuk ekonomi yang berkembang perlahan, harga komoditi yang rendah, ekspektasi rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan ancaman militan Kumpulan Negara Islam dan di Filipina Selatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...