Rabu, 5 Ogos 2015

@NajibRazak Harap Kakitangan Kerajaan Dapat Berkerjasama Diperingkat Bawahan @DrAliHamsa



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis melakukan yang terbaik dalam kerajaan bagi mencapai aspirasi rakyat dan dasar negara selepas membentuk Kabinet baharu 28 Julai lalu. 

Menurut Najib, beliau dan menteri Kabinet baharu bertekad melakukannya bersama-sama. "Marilah kita bekerjasama sebagai satu keluarga dan pasukan dengan mempercayai satu sama lain," katanya. 

Beliau berkata, pentadbiran mestilah melakukan perubahan positif dari semasa ke semasa agar dapat mempertingkatkan pencapaian, tindakan, keputusan dan program yang dijalankan. "Inilah yang mesti kita sematkan dalam minda. "Biarlah hari ini lebih baik dari semalam dan seterusnya," katanya. 

Najib turut menyeru agar kakitangan kerajaan terus fokus dalam transformasi negara dan objektifnya demi kesejahteraan rakyat. "Saya percaya dengan kerjasama semua pihak, perkhidmatan awam di bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa akan menjadi antara perkhidmatan awam yang boleh bergantung harap untuk melonjakkan pencapaian negara kita dan mencapai wawasannya," katanya dalam ucapan perutusan sempena Hari Raya Jabatan Perdana Menteri dekat sini di hadapan 1,000 kakitangannya. 

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...