Isnin, 25 Mei 2015

Akhirnya 5,000 Penjawat Awam Bakal Menjadi Gelandangan @Alihamsa55 @NajibRazak



Sekali lagi Perdana Hitam terpanggil untuk membuat satu kajian tentang permasalahan penjawat awam yang berjawatan tetap hampir 5,000 penjawat awam "Makan Gaji Buta" seperti mana yang dikatakan oleh YB Tan Sri Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara kebanyakan ada kebenaran tetapi kerajaan perlu lebih membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan fakta dan tuduhan yang kurang tepat.

KAJIAN 1
Dalam kajian saya Tan Sri KSN mengatakan ada penjawat awam ponteng kerja selama 200 hari, apabila dirumuskan semula setahun kita hanya ada 361 hari dan apabila ditolak dengan 200 hari hanya ada 161 hari berkerja dan belum ditolak dengan cuti Sabtu Ahad sebanyak 98 hari dan hanya berbakikan 63 hari sahaja waktu berkerja, ini belum lagi di tolak dengan cuti cuti Perayaan dan sebagainya dan ini bermakna hampir setahun penjawat awam itu tidak hadir ke pejabat. Apabila dikaji semula hanya tinggal beberapa hari sahaja penjawat awam itu berkerja dan dibayar dengan gaji yang penuh tampa melihat kehadiran penjawat awam tersebut dan ini bermakna dimanakan pemantauan pihak atasan terhadap penjawat awan tersebut?.

KAJIAN 2
Tan Sri KSN perlu melihat kebanyakan kakitangan penjawat awam bukan lah bergaji besar sepertimana yang digembar gemburkan oleh masyarakat yang diluar sana seperti didalam Facebook serta di dalam media media sosial, penjawat awam hanya sekadar mencukupi sahaja seperti diibaratkan "Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Kadang Tak Makan Lansung" kerana di penghujung bulan yang mana ramai dikalangan penjawat awam yang tinggal di pusat pusat bandar terpaksa mencari sumber pendapatan yang lebih bagi menyara kehidupan harian. Mungkin rakyat sedar bahawa KOS SARA HIDUP telah meningkat tinggi dengan kadar gaji yang tak seberapa penjawat awam terpaksa meneruskan kehidupan dipusat bandar yang beresiko tinggi dengan terpaksa melakukan kerja sambilan dengan berniaga melalui online atau menjadi pemandu teksi

KAJIAN 3
Dalam kajian ini Perdana Hitam telah membaca setiap komen komen di dalam Facebook yang kebanyakan semua berunsurkan persepsi buruk terhadap penjawat awam dan mereka yang diluar yang bukan dikalangan penjawat awan telah mengkritik nilai peribadi dan sikap kebaikan penjawat awam yang dibuat oleh penjawat awam selama ini hilang dengan masa yang singkat dan serta merta panjawat awam dihina oleh orang penjawat awam itu sendiri. Dalam masa yang sama juga PH telah membuat satu kajian selidik dikalangan penjawat awam itu sendiri antaranya yang disuarakan oleh penjawat awam itu sendiri:-
  1. Terlalu memilih bulu dari segi sesebuah penghargaan iaitu APC Anugerah Khidmat Cemerlang dikalangan penjawat awam, dan apabila seseorang itu mula merasa segala khidmat serta kebajikan yang selama ini dilakukan tidak dihargai disebabkan telah dinilai terlalu rendah oleh individu individu tertentu akibat busuk hati terhadap kakitangan tersebut. Bukan itu sahaja ada sahabat menceritakan ada dikalangan penjawat awam mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang setiap tahun beliau mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang APC disebabkan Pekerja Kesayangan Bos
  2. Dalam pembahagian tugas juga ada dikalangan yang mengatakan pembahagian tugas tidak selaras ada dikalangan kakitangan bawahan terasa hanya orang orang tertentu sahaja diberi tugas kerja lebih masa dan sebahagian besar diberi keistimewaan dengan mendapat bermacam macam elaun yang tertentu atas arahan Ketua Ketua Jabatan dan sebagainya. 
  3. Dalam luahan penjawat awam bawahan mereka merasakan ada dikalangan pihak pihak atasan mempergunakan dan memperalatkan penjawat awam bawahan ini seperti sampah dan dijadikan sebagai roll model menjadi mangsa terdesak iaitu terpaksa menjadi Kambing Hitam yang boleh dipersalahkan oleh pihak individu yang lain. Sebagai contoh Membocorkan Rahsia Kerajaan pihak atasan tampa membuat semakan dan akan tetap mempersalahkan kakitangan bawahan, Salah Guna Kuasa seperti kakitangan bawahan membawa kenderaan jabatan balik ke rumah dikenakan tindakan akan tetapi kebanyakan yang memakai kenderaan jabatan adalah pegawai atasan seperti Gred Jusa yang memakai kenderaan jabatan yang bawa balik ke rumah tidak ada sebarang tindakan pun.  
Sebagai melahirkan seorang penjawat awam yang berani PH tampil memberanikan diri mempertahankan nasib 5,000 kakitangan penjawat awam yang bermasalah supaya mereka tidak dibuang kerja seperti mana yang dilaungkan oleh Tan Sri Ali Hamsa "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" yang dikatakan mesra rakyat.

RUMUSAN
Sebagai Ketua Setiausaha Negara sepatutnya memikirkan bagaimana menyelesaikan masalah kebajikan penjawat awam diperingkat bawahan supaya mereka diberi keutamaan supaya mereka tidak menjadi BACK FIRE kepada pihak kerajaan. Dan pihak KSN perlu jadikan mereka ini sebagai mata dan telinga kerajaan supaya segala isu isu diperingkat akar umbi dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas supaya rakyat merasai apa yang sedang kerajaan lakukan kepada rakyat. Dan sebarang kerja kerja kebaikan tidak perlu dirahsiakan lagi oleh mana mana pihak jabatan agensi yang terlibat. Dan pihak kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan sebarang kebaikan dan memberi satu sumber pendapatan atau pun faedah kepada rakyat ini harus dilakukan dengan kadar segera. 

BERTINDAKLAH DENGAN BIJAKSANA SEBELUM IA MEREBAK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...