Jumaat, 3 April 2015

Kesedaran Generasi Y Menggunakan Media Sosial Dapat Membantu Penguatkuasa Membenteras Jenayah @PPIM4U


Pada 4 April 2015 (Sabtu) ini, akan diadakan satu program ilmiah "Program Memupuk Kesedaran Perjuangan Anak Muda" anjuran Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). 

Tarikh    : 4 April2015 (Sabtu)
Masa      : 9.30 pagi - 5.00 ptg
Tempat  : Villa Puteri Condo,
                 Jalan Tun Ismail,
                 50480 KL

Semua dialu-alukan untuk hadir ke program tersebut. 

Saksikan Sedutan Dari Sidang Media PPIM

 

Dalam satu sidang media semalam Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan sebagai Pengerak Penguna Islam Malaysia (PPIM) meluahkan perasaan yang mengagumkan bahawa kemahiran anak anak muda zaman sekarang yang lahirnya di dalam Generasi Y sudah mahir mengunakan alat alat teknologi media sosial dan sebagainya. Di sini juga pihak PPIM berhasrat untuk menganjurkan satu program kesedaran keatas anak muda bahawa kemahiran yang mereka miliki jadikanlah satu perjuangan yang sihat seperti membenteras jenayah, pusat pusat perjudian dan masalah masalah gejala sosial.


Keadaan semasa dalam menangani liku dan cabaran generasi muda negara pada waktu ini agak merunsingkan kerana persekitaran yang mudah mempengaruhi mereka serta pendedahan anasir luar yang mendorong kepada kecelaruan anak muda dalam mengenali identiti diri. ini merupakan satu suasana yang tidak sihat dan boleh mewujudkan kebimbangan memandangkan generasi ini yang akan melansungkan kesinambungan keyaan Malaysia yang tercinta. Justeru itu, generasi ini perlu berani menghadapi cabaran, berdaya saing dan tidak mudak mengalah dalam membina jati diri yang cemerlang dari aspek kehidupan bagi memperkasakan bangsa dan negara.




Sumber petikan dari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...