Selasa, 16 Disember 2014

Penjawat Awam Mampu Tingkatkan Pengunaan Media Sosial Untuk Membantu Agensi Kerajaan @Alihamsa55 @NajibRazak

Penjawat awam bukan sahaja perlu berfikiran di luar kotak tetapi juga harus bertindak di luar kebiasaan dalam melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif di masa-masa akan datang

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini meminta agensi-agensi perkhidmatan awam di negara ini supaya terus memberi penekanan kepada aspek pembangunan inovasi sosial melalui makmal dan unit inovasi masing-masing. 

Beliau berkata menerusi inovasi sosial, hasil pertumbuhan ekonomi negara yang bertunjangkan agenda transformasi negara, dapat diagihkan bagi memenuhi ekonomi keperluan rakyat. 

"Inovasi sosial merujuk kepada konsep, idea dan strategi membawa kepada penambahbaikan sosial pelbagai lapisan masyarakat menerusi pendekatan inovatif. "Ia merangkumi lapangan pendidikan, kesihatan awam dan pembangunan komuniti," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat Kebangsaan Ke-31 di sini, Khamis. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. 

Dalam pada itu, Ali mengajak penjawat awam supaya melakukan perubahan minda sekali gus meningkatkan daya kreativiti dan inovasi supaya sentiasa mempunyai fikiran minda kelas pertama. Beliau berkata melalui daya pemikiran minda kelas pertama, mutu dan hasil kerja yang dihasilkan bukan sahaja setanding dengan ciptaan negara maju malah diyakini mampu membawa dimensi baharu kepada corak pemikiran masyarakat negara ini. 

Menurutnya penjawat awam perlu terus relevan dalam meningkatkan mutu kualiti penyampaian perkhidmatan dengan memberi perhatian serius kepada pembangunan inovasi dan membudayakan elemen kreativiti secara berterusan. 

"Penjawat awam bukan sahaja perlu berfikiran di luar kotak tetapi juga harus bertindak di luar kebiasaan dalam melahirkan idea kreatif melalui tindakan yang inovatif di masa-masa akan datang," katanya

Mengenai KIK, Ali menyarankan kumpulan yang terlibat supaya terus berusaha dan aktif dalam mencipta serta melaksanakan projek KIK yang berkualiti dan berdaya saing seiring dengan keperluan dan tuntutan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...