Selasa, 7 Oktober 2014

Penjawat Awam Beri Kepercayaan Sepenuhnya Kepada @NajibRazak Dalam Pembentangan #Bajet2015


Dalam isu bajet 2015 yang akan datang pada 10 September 2014 menjadi bualan hangat kepada seluruh rakyat Malaysia baru baru ini dan terutamananya disebabkan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.20 telah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menaikkan harga minyak secara mendadak tampa membuat penyampaian lebih awal.

Akibat kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 kerajaan dicemoh dan dicaci dengan pelbagai tomahan dari seluruh rakyat dinegara ini. Dari awal lagi Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah menyatakan keadaan sebenarnya bahawa kerajaan secara tidak sengaja untuk menaikan harga minyak ekoran subsidi ini dapat disalurkan kepada sasaran.


Menurut Najib, beliau turut menerima pelbagai reaksi diluahkan rakyat terutama di laman sosial susulan kenaikan harga bahan api berkenaan. “Kenaikan ini serta apa juga dasar dibuat kerajaan adalah untuk kebaikan di mana ia mampu mengurangkan defisit negara, memperbaiki segala ketirisan berkaitan bahan api yang berlaku serta meningkatkan pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara. “Apa yang lebih penting dan rakyat tidak nampak ialah usaha kerajaan menyediakan lebih banyak bantuan bersasar dan diterima terus ke tangan rakyat,” katanya.

Akibat kemarahan rakyat kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel untuk kebaikan rakyat dan negara dalam jangka masa panjang meskipun menyedari langkah itu bukan tindakan popular. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika ada pilihan, pihaknya tidak akan berbuat demikian. "Kita bukan sengaja hendak mengurangkan subsidi minyak petrol dan diesel tetapi kita terpaksa melakukannya untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin kekurangan hasil," katanya.





Lebih malang, katanya, subsidi diberikan itu bukan sahaja dinikmati rakyat negara ini yang kurang mampu, malahan juga golongan kaya, pekerja asing, pelancong bahkan pendatang asing tanpa izin. “Itu belum lagi dikira pihak tidak bertanggungjawab yang menyeludup keluar bahan api dari negara kita untuk dijual ke negara sempadan seperti Thailand. Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, baru-baru ini, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual di seberang sana (Thailand)," katanya. 

Beliau yakin suatu hari nanti rakyat akan nampak dengan jelas usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan menganggap segala kritikan yang diterima merupakan rencah dan adat resam dalam politik. Dalam pada itu, kata Najib, beliau akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Bajet 2015, 10 Oktober ini.



Menurutnya, langkah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, BR1M dan bantuan lain. “Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat,” jelasnya. Katanya, kerajaan juga akan kaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api itu kepada rakyat di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...