Jumaat, 25 Oktober 2013

Dalam Buget 2014 @NajibRazak Akan Umumkan Kenaikan Minyak RM 0.20 Biar Betul???

Dalam kajian saya dari 2008 sehingga 2013 adalah wajar Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib Razak Tun Razak menghapuskan subsidi kerana ia telah membuka ruang kepada orang asing seperti Thailand serta Singapore telah banyak  menyeludup minyak dari negara Malaysia dan telah membawa masuk minyak minyak ini keluar ke negara.

Dan mereka yang menjadi penyangak minyak akan mendapat  keuntungan yang belipat dengan hanya menyaludup minyak dari Malaysia dan menjual minyak di negara jiran dengan harga yang berlipat ganda.

Rakyat harus lah faham kenapa Dato Seri Najib Razak perlu naik kan harga minyak supaya setiap hasil subsidi itu akan di berikan semula kepada rakyat Malaysia yang benar benar mereka adalah Warganegara Malaysia dengan cara pemberian BR1M dan sebagainya.

Sejak beberapa tahun yang lalu, dunia telah mengalami keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Malaysia, sebagai sebuah negara yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat, pasti tidak terkecuali dari merasakan kesan kemelesetan ekonomi sejagat sama seperti negara-negara lain.

Saya percaya, amatlah penting untuk kita merasionalkan beberapa subsidi yang sedia ada bagi membantu kita mengharungi keadaan ekonomi global, termasuk merasionalkan subsidi minyak.

Pada bulan September lepas, saya telah mengumumkan langkah untuk memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen, dan ini secara langsung telah menyebabkan kenaikan harga minyak.

Namun, walaupun langkah merasionalkan subsidi ini diambil, kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk minyak diesel.

Dalam tahun 2013, RM 24.8 bilion telah diperuntukkan untuk subsidi minyak.
Berbanding negara-negara lain di Asia, harga petrol kita masih lagi rendah. Harga seliter RON95 di Thailand ialah RM4.74, sementara di Filipina dan Indonesia pula, seliter RON95 berharga RM5.44 dan RM3.05.

Pada bulan Jun yang lepas, kerajaan Indonesia terpaksa menaikkan harga petrol sehingga 44%. Langkah tersebut sangat tidak popular, namun kerajaan Indonesia sedar ia terpaksa ambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki ekonomi negara itu.

Langkah-langkah bertanggungjawab dalam mengurus subsidi. Saya percaya kita perlu mengambil langkah jangka masa panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan pada masa kini, supaya kita tidak akan membebankan generasi yang akan datang kelak. Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport petroleum yang kecil, namun penggunaan domestik kita sangat tinggi.

Walaupun kita mengeksport petroleum kita ke luar, kita juga terpaksa mengimport petroleu
m dari negara-negara lain untuk penggunaan domestik.

Kita tidak boleh mengambil langkah fiskal yang tidak bertanggungjawab dan terus menerus mengeluarkan RM 10 hingga 20 bilion dari kewangan negara bagi tujuan subsidi minyak, sedangkan wang ini ia boleh disalurkan kepada bidang-bidang lain yang lebih penting seperti pendidikan dan peningkatan infrastruktur.

Pastinya potongan subidi ini merupakan perkara yang berat untuk diterima oleh beberapa golongan masyarakat – kami memahami keadaan ini.

Oleh itu, saya ingin meyakinkan semua rakyat Malaysia, terutama sekali yang berada dalam golongan berpendapatan rendah, bahawa langkah-langkah yang sesuai akan diambil untuk membantu anda mengatasi keadaan kenaikan harga ini.

Kerajaan akan melaksanakan langkah ini secara beransur-ansur, dan harga barangan terkawal dan perkhidmatan akan terus dipantau untuk memastikan yang ia tidak dieksploit oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya harap langkah yang perlu ini akan disambut baik dengan hati terbuka oleh semua pihak dalam kita bekerjasama mencapai matlamat kita menjadi negara berpendapatan tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...