Rabu, 8 Oktober 2014

#BAJET2015 Benarkah 1.5 Juta Kakitangan Awam Tidak Mengharapkan Bonus @NajibRazak @Alihamsa55 @PMO


Belanjawan 2015 adakah 1.5 juta kakitangan awam mengharapkan Bonus menjelang pembentangan Baget 2015 pada hari Jumaat ini dan kita nantikan pembentangan baget 2015 nanti. Hampir 1.5 juta kakitangan kerajaan benar benar mengharapakan bonus untuk menampung perbelanjaan seharian mereka. Kakitangan kerajaan selama ini boleh dikatakan dalam kategori miskin sederhana dengan setimpal gaji yang mereka dapat pada setiap bulan hanyalah sekadar cukup makan dan menampung Keluarga dan sebagainya. 

Dengan ada nya pemberian bonus yang tidak seberapa dapatlah golongan bawahan seperti golongan sokongan 1 dan 2 ini menampung keperluan persekolahan anak dan membeli pakaian sekolah untuk anak mereka. Kerajaan tahu gaji kumpulan sokongan mempunyai pendapatan gaji yang rendah dan mereka ini boleh diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang begitu lah kehidupan mereka selama ini yang masih lagi setia berkhidmat dengan kakitangan kerajaan dan ada dikalangan mereka telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan mereka tetap setia menyokong kerajaan sehingga kini. 

Ini yang saya maksudkan perlukah orang awam yang diluar sana mempertikaikan hak asasi kerajaan untuk memberi sedikit insentif ataupun penghargaan kesetiaan mereka yang berkhidmat dengan kerajaan tampa berbelah bagi dan mereka tetap menyokong dasar kerajaan begitu juga di pihak kerajaan harus meneliti lebih dalam untuk kerajaan memberi bonus. 

Mungkin kerajaan patut memberi 2 x ganda iaitu 2 bulan bonus kerana mereka berkhidmat dengan taat setia dan berdidikasi tinggi dengan kerajaan. Bukan dari situ saja kerajaan sepatutnya perlu melihat kakitangan awam ini yang mempunyai kemahiran dan mempunyai daya kreafit mungkin mereka ini ada dari golongan yang mahir dan kreatif dari pelbagai aspek bakat semula jadi yang mereka miliki. 

SETIAP KEJADIAN ALLAH TELAH KURNIAKAN SETIAP MANUSIA IAITU MAKHLUK NYA YANG LAHIR DI MUKA BUMI INI MEMPUNYAI PELBAGAI BENTUK RUPA DAN SIFAT SERTA KEMAHIRAN YANG ALLAH TELAH BERIKAN KEPADA MEREKA DAN TIDAK ADA PADA ORANG LAIN 

Walaubagaimana pun, hari ini kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa kerajaan telah berbelanja hanya serendah 20% untuk pembangunan negara bagi tempoh antara tahun 2012-2014. Dan apa yang berlaku sekarang kerajaan telah berjimat cermat untuk membelanja dan kerajaan semakin kurangkan perbelanjaan awam dari segi melibatkan infrasturktur awam yang di Malaysia.

Kita tunggu sambungan nya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...