Sabtu, 20 September 2014

PAS Pelawok PAS Pelawok PAS Tubuh NGO 'R' ROYALTI Tidak Iktiraf Oleh ROS Betul Kee #PRKPengkalanKubor

"FITNAH ITU LEBIH DASAT DARI MEMBUNUH"



Kempen PAS di Pengkalan Kubor kini lebih terarah kepada soal tuntutan royalti minyak walaupun mereka tahu Kelantan tidak layak untuk menerimanya. Berdasarkan undang-undang yang telah terpakai dan tertakluk kepada keputusan mahkamah , kerajaan negeri TIDAK BERHAK untuk mendapat 5% bayaran tunai hasil petroleum yang terdapat lebih dari 3 batu nautika dari pantai. 

Namun begitu PAS masih lagi menjadikan isu royalti ini sebagai modal bagi setiap kempen mereka sedangkan hakikatnya rakyat dan penduduk Pengkalan Kubor mahu melihat iltizam dan perancangan setiap calon untuk DUN Pengkalan Kubor. Di pihak BN pula , calon dan jenteranya sentiasa bergerak bertemu pengundi dan menawarkan perkhidmatan selain daripada janji untuk meneruskan legasi arwah Dato Di. 


PAS sedar bahawa mereka selama ini telah melakukan kesilapan besar di Pengkalan Kubor kerana membiarkan kawasan ini di bela oleh wakil daripada UMNO. Disebabkan kebolehan dan keupayaan daripada arwah Dato Di , Pengkalan Kubor berubah sedikit dari hasil daripada kerjasama kerajaan Persekutuan. 

SUMBER DARI BLOG INI

Berbalik kepada isu royalti , Kerajaan Kelantan sememangnya tidak layak untuk menerima royalti sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam. 



Mengikut peraturan perairan Negara, kawasan kosong hingga tiga batu nautika adalah tertakluk di bawah bidang kuasa atau hak kerajaan negeri, manakala tiga batu nautika hingga 200 batu nautika adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat. 

Akhirnya PAS kantoi apabila Husam Musa yang tidak mempunyai jawatan dalam Jawatankuasa PAS sudah mula pun menggerakkan isu ROYALTI untuk membantu kempen PAS di Pengkalan Kubor. PAS mula terlibat dengan pelbagai isu mengenai R Royalti 


  1. PAS menyatakan bahawa NGO 'R' tidak terlibat, tetapi billboard-billboard ROYALTI yang dinaikkan, semakin bertambah. 
  1. Beberapa isu membabitkan NGO 'R' ROYALTI seperti SPRM juga nampaknya turut hangat di Pengkalan Kubor.
  1. Beberapa laporan telah dibuat berhubung rasuah dan perlanggaran undang-undang kecil dalam pilihanraya, tetapi beberapa tindakan susulan, amat meragukan akan diambil tindakan oleh pihak yang yang berkuasa.
  1. Tinjauan dengan masyarakat tempatan menyalahkan pengundi-pengundi luar yang tidak mahu melihat pembangunan di kampung halaman, khususnya di Pengkalan Kubor bagi membolehkan mereka adalah tidak benar.
SUMBER DARI BLOG

Penentangan PAS terhadap UMNO dan Barisan Nasional dibuat berdasarkan kepentingan peribadi seseorang individu dan bukannya kepentingan masyarakat. Selama ini PAS hanya diperkudakan oleh puak puak DAP sudah mula mengatur beberapa orang pemimpinnya termasuklah Setiausaha Sulit Lim Guan Eng yang didatangkan ke Pengkalan Kubor untuk berkempen dengan menjanjikan rasuah dan pulangan kepada para pengundi yang mengundi PAS. 

Berpusat di Markaz Besar PAS di Geting, salah seorang daripada pendana yang juga merupakan taukeh balak besar, turut membolehkan operasi berjalan antara jam 3:00 sehingga 5:30 pagi dengan menggunakan SUV bercermin gelap yang turut membawa beras seludup. Operasi PAS dibahagikan kepada beberapa zon dan masa. 

Kaum Muslimat PAS biasanya bergerak pada sebelah siang, manakala Pemuda pula bergerak pada awal subuh. Rasuah dan pemberian dibuat secara berleluasa. Dan sama seperti UMNO, PAS juga berhadapan dengan ancaman dan ugutan daripada para pengundi menjadikan kaedah berkempen ditukar kepada BENTUK KEWANGAN dan PEMBERIAN BARANGAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...