Isnin, 15 September 2014

PAS Guna Dana PMBK RM80,00 dan RM130,000 Untuk Persediaan #PRKPengkalanKubor



Pas banyak menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Pusat kepada Kelantan juga, telah diselewengkan dan digunakan untuk kegiatan politik, bukannya untuk kemajuan dan kemudahan rakyat, termasuklah peruntukan untuk rakyat seperti jalanraya, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Malahan peruntukan untuk PBT bagi kerja-kerja penyelenggaran dan perparitan juga telah diseleweng oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan. 

PAS sekarang sedang melalak tentang ROYALTI PETROLEUM untuk menunjukkan kepada para penyokong mereka, kegagalan memajukan negeri adalah disebabkan Kelantan tidak diberikan royalti minyak. Peruntukan daripada PMBK dan PKINK jelas menunjukkan Kelantan sebenarnya terlebih berminat untuk politik berbanding menjaga kebajikan rakyat, tetapi mereka juga sangat mudah menyalahkan pihak lain apabila pelbagai kelemahan didedahkan!!!

PAS kuat melalak kononnya UMNO-BN menggunakan peruntukan rakyat untuk menang pilihanraya. Namun maklumat yang diperolehi pula, menunjukkan PAS telah menggunakan wang rakyat Kelantan terutama sekali menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). 

PMBK memperuntukkan wang sebanyak RM80,000 untuk Markas Besar PAS Pengkalan Kubor. Manakala PKINK pula telah memperuntukkan dana sebanyak RM130,000 untuk kerja-kerja propaganda dan kerja-kerja lain. Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, sehinggakan gaji dan elaun pentadbiran negeri dibayar oleh Pusat setiap bulan. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...