Isnin, 16 Jun 2014

Rakyat Tidak Perlu Ragu Membeli Daging Yang Mempunyai Tag Penandaan Karkas @IsmailSabri60 #DSIS


Shah Alam Hari ini YB Dato Seri Ismail Sabri melancarkan tempat penyembelihan yang selamat digunakan serta halal dibawah pemantauan JAKIM dan juga Kementerian Pertanian dan sebagainya kata Dato Seri Ismail Sabri semasa pelancaran Majlis Penandaan Karkas Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kompleks Abatoir Shah Alam.

Rumah penyembelihan ini juga akan memastikan haiwan yang hendak disembelih harus lah mencapai kesihatan yang dibenarkan oleh pihak karkas jabatan veterinor itu sendiri dan setiap daging yang telah siap dilapah dan akan ditandakan dengan penandaan karkas yang mempunyai 3 kategori K1 ungu,K2 kuning,K3 merah dan setiap warna mempunyai maksud yang tersendiri dan setiap tempat abatoir atau pusat penyembelihan perlu mendapat sijil halal daripada JAKIM 







Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan memastikan setiap ternakan yang disembelih di Rumah Sembelihan berlesen mengeluarkan karkas yang berkualiti, bersih dan mematuhi peraturan

Pengguna atau orang awam tidak perlu ragu tentang kualiti, kebersihan dan keselamatan awam veterinar jika mereka membeli daging dari karkas yang mempunyai tag penandaan karkas sama ada di hypermarket mahupun pasar tani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...