Jumaat, 20 Jun 2014

@Ismailsabri60 Merasmikan Exspo Makanan Laut Antarabangsa Malaysia 2014 #DSIS




Hari ini bertempat di Dewan Tun Ismail PWTC telah berlangsung perasmian 3rd Malaysia International Seafood Exposition (MISE) 2014yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dikebanyakkan negara membangun, perikanan membangun sebagai salah satu sektor yang penting ketika kurun kedua kurun ke-20. Diakhir tahun 1990an, sektor perikanan telah menjadi antara sumber terpenting membekal makanan, pekerjaan dan tukaran asing dan situasi ini akan berterusan. Manakala bagi banyak negara membangun perikanan boleh dianggap sebagai faktor penting melonjak nilai tambah bagi aktiviti sesebuah negara termasuk melonjakkan ekonomi sesebuah negara. 



Pada dekad yang lepas, penggunaan perkapita perikanan telah melonjak secara global seiring dengan perkembangan ekonomi dunia. Bagaimanapun, perkembangan ini tidak akan berterusan selamamya. Ada batasan terhadap sumber perikanan termasuk ikan dan makanan laut lain. Sejajar dengan perkembangan keperluan manusia terhadap makanan laut ia telah berkembang daripada hanya sekadar keperluan makanan kepada manusia kepada makanan "masakan khusus". Bagi negara-negara maju, makanan laut masih merupakan makanan utama. Ia merupakan sumbangan utama kepada banyak negara terutama ketika pertengahan tahun 1990an, sumber berasaskan makanan laut menyumbang lebih daripada 50% kepada populasi di 34 negara.

Dalam menjangkakan pengeluaran perikanan dunia terutama bagi tanggapan ikan liar dan akuakultur bakal mencecah rekod baru pada tahun 2013, secara totalnya 160 juta tanberbanding hanya 157 juta tan pada tahun2012. Peratusan produk perikanan yang didagangkan di pasaran antarabangsa sangat siknifikan sekitar 37% pada tahun 2013menjadikan sektor perikanan adalah salah satu sektor diperingkat globalisasi dan merupakan satu perusahaan dinamik dalam dunia pengeluaran makanan laut dan perikanan. Di Malaysia sahaja, pengeluaran perikanan pada tahun 2013 berjumlah 1.74 juta tan metrikbernilai RM10.6 billion (USD3.30 billion). Jumlah nilai perdagangan ikan dan produk berkaitan perikanan berjumlah RM5.9 billion (USD1.84 billion). Ini menyumbangkan 1.3% kepadaKeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).



Di bawah Polisi Agro-Makanan Kebangsaan (2011-2020), kerajaan Malaysia telah menetapkan cita-cita mahu mensasarkan 2.00 juta tan metrik ikan dihasilkan menjelang tahun 2020. Dasar Agro-Makanan Kebangsaan 10 tahun ini telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011 bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dengan dasar baru ini bakal memberi jaminan bahawa bekalan makanan yang selamat kepada pengguna di negara ini. 

Kebanyakan indivudu mahu menjadi nelayan atau penternak ikan kerana mereka mengimpikan bahawa pekerjaan ini mampu memberi kehidupan baru atau kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka dan keluarga mereka. Oleh sebab itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membantu nelayan diseluruh negara membebaskan diri dari dieksploitasi"Orang Tengah" dan "along" dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah melaluiBank Pertanian dan TEKUN Nasional kepada nelayan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...