Khamis, 22 Mei 2014

Penghargaan Yang Amat Bermakna Buku @IsmailSabri60 Dihasilkan #DSIS

YB Dato' Sri Ismail Sabri semalam terkejut setelah menerima buku yang bernama 'coffee book'. Buku tersebut sebenarnya telah diilhamkan untuk beliau sempena setahun perkhidmatan beliau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang jatuh pada tarikh semalam. 








Buku ini telah dihasilkan oleh setiausaha akhbar beliau bersama sama dengan kakitangan unit komunikasi dan menurut Dato' Sri Ismail Sabri, beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. 

Selama setahun Dato' Sri Ismail menerajui Kementerian Pertanian, pelbagai penambah baikan untuk kemajuan para petani, penternak dan nelayan dilakukan dan baru baru ini beliau telah melancarkan jihad orang tengah yang dilihat mengambil kesempatan keatas para petani dengan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda hingga para petani berada dalam keadaan tertekan. 



Tindakan seperti sebenarnya mampu untuk memberi pendapatan yang tinggi kepada para petani, penternak dan nelayan dengan memasarkan sendiri hasil pertanian, penternakan dan tangkapan mereka. Semoga segala daya usaha Dato' Sri Ismail akan membuahkan hasil dan mampu memberikan imbuhan lumayan kepada para petani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...