MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA
Apabila beberapa media yang berpangkalan di negara-negara
yang seringkali menjadi kebanggaan PKR kerana kononnya ‘KEBEBASAN BERMAKLUMAT’
mendedahkan siapa sebenarnya Kapten Zaharie Ahmad, di Malaysia, PKR dan para
pemimpinnya bagaikan ulat taik yang dipanggang di atas api. Mereka cuba menepis
dan mereka cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, maklumat daripada
media-media terbabit tidak boleh dipercayai.
Dua buah media dari United Kingdom walaupun mempunyai
agenda halus terhadap Islam dan umat Islam dalam penyiaran berita tentang
kehilangan MH370 serta juruterbang bernama Zaharie Ahmad yang didedahkan
sebagai seorang fanatik terhadap Anwar Ibrahim, awal pagi tadi telah
menggemparkan seluruh negara. Berita tersebut menyusul selepas sidang media
Perdana Menteri semalam yang tidak menolak kemungkinan perampasan merupakan
motif utama di sebalik kehilangan MH370 sehingga ke hari ini.
Sesuatu yang ketara ialah, dari Sabtu 8 Mac 2014, Anwar
Ibrahim langsung tidak berani bercakap tentang MH370. Rafizi Ramli yang
merupakan Pengarah Strategik PKR, juga hilang suara. Kalau ada pun, hanyalah
suara-suara ayam yang sumbang mempertikaikan Raja Bomoh VVIP, Ibrahim Mat Zain
yang muncul mempersembahkan kebadutannya yang kemudian cuba dikaitkan dengan
UMNO-BN.
Ternyata kebadutan Ibrahim Mat Zain kaitannya hanya
sekadar dalam bentuk jenaka. Sedangkan pendedahan latar belakang Kapten Ahmad
selain keterkaitannya dengan PKR dan kefanatikan terhadap Anwar Ibrahim, jauh
lebih besar sifat dan ciri-cirinya membabitkan keselamatan terhadap nyawa dan
keselamatan penumpang, kakitangan pesawat tersebut, pesawat itu sendiri,
negara-negara di sekitar Asia Pasifik dan Laut China Selatan serta imej
Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Pengesahan keahlian dan sokongan Zaharie kepada Anwar Ibrahim dan PKR,
turut dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution
Hari ini, setelah Daily Mirror dan Sunday Mail U.K
mendedahkan bahawa Zaharie merupakan ahli PKR, barulah R.Sivarasa Rasiah,
pemimpin PKR yang turut terpalit dengan kaitan serangan lanun Sulu ke atas
Sabah pada Mac tahun lepas, mengakui bahawa Zaharie adalah ahli PKR. Sebelum
ini, iaitu pada ketika pendedahan membabitkan gambar Zaharie bersama-samanya,
R.Sivarasa memilih untuk menutup mulut. Malah pada ketika para pecacai Pakatan
Rakyat cuba menuduh Kerajaan UMNO-BN bersekongkol menghilangkan pesawat
tersebut, Sivarasa juga buat-buat pekak badak.
Kapten Zaharie Ahmad seorang yang anti kerajaan
Sesuatu yang menarik sedang berlaku. Para penyokong Anwar Ibrahim cuba
menimbulkan perasaan bersalah apabila mereka menjenakakan kaitan antara
kehilangan pesawat tersebut dengan Anwar Ibrahim. Walaupun sudah semakin
tersepit, mereka masih cuba untuk memberitahu bahawa Anwar Ibrahim tidak
terlibat sama sekali.
Sesungguhnya amat pelik apabila PKR dan para pemimpin serta pecacainya yang begitu bangga setiap kali media yang sama menyiarkan berita-berita busuk dan buruk terhadap Malaysia dan kepimpinan negara, tiba-tiba sahaja berubah sikap dan cuba menunjukkan betapa matang dan naifnya mereka.
Wan Azizah di letakan sebagai kambing hitam calon Dun 25 Kajang untuk Anwar berkuasa
Hinaan Wan Azizah terhadap kerajaan Malaysia sungguh memalukan
Segala-gala yang berlaku iaitu dari kes sebutan di Mahkamah Rayuan dengan lima kali penangguhan, penolakan tuntutan Anwar Ibrahim agar Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan, saksi dipanggil semula, penyanggahan tentang bahan bukti yang dikatakan ‘DNAnya telah reput’ sehinggalah keputusan diumumkan pada 7 Mac, dan beberapa minggu sebelum itu.
Lee Chin Cheh ADUN Kajang diarah meletak jawatan agar PRK DUN Kajang boleh
diadakan dengan Anwar sendiri sebagai calonnya, KAJANG MOVE, dan cubaan Anwar
Ibrahim serta PKR menyalahkan kerajaan dan mahkamah kerana menjatuhkan hukuman
kepada Ketua Umum PKR itu dan yang terakhir sekali, kehilangan MH370 yang
dipandu oleh juruterbang fanatik Anwar Ibrahim, beberapa jam selepas keputusan
Mahkamah Rayuan dibuat, dikatakan TIDAK ADA KAITAN LANGSUNG walaupun
kebetulannya terlalu ketara dan tersusun mengikut skrip
Kenyataan nya Anwar yang sudah pasti, kes ini terlalu menarik untuk dinilai, bahkan ia
akan menjadi bahan kajian untuk generasi akan datang perihal seseorang yang
cuba melarikan diri daripada imej seorang peliwat dan pengamal homoseksual
kepada imej yang lebih alim, maksum dan suci
"NO 2, NO 2 LAGI YANG KENA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan