Rabu, 19 Mac 2014

#PRKKajang : @Chewmeifun Iklas Membantu Rakyat Kajang #kajang


Datin Paduka Chew Mei Fun pada 24 Disember, 2013 dalam posting ini di sini dan kemudian sekali lagi saya hightlight gambar beliau pada 4 Februari 2014 di sini. Saya telah berkata kepada beberapa pemimpin MCA bahawa di kalangan Naib Presiden MCA, beliau adalah calon yang paling sesuai di Kajang.


Beliau berkata ianya berkaitan dengan prinsip dirinya yang tidak akan bekerja dengan orang yang dipertikaikan moralnya. Ternyata, ketegasan beliau itu benar-benar dilakukannya. Chew Mei Fun meletak jawatan bukan sahaja di dalam parti tetapi juga di dalam kerajaan. Namun, baru-baru ini, apabila Chew Mei Fun 'come back' dalam pemilihan MCA yang lepas, beliau menang salah satu jawatan Naib Presiden MCA. Saya terkejut tetapi saya melihat ianya satu sinar yang baik kepada MCA dan masyarakat Cina di Malaysia.

Chew Mei Fun perlu menang di Kajang supaya kesinambungan kepimpinan beliau di dalam parti MCA, mungkin juga akan ke kabinet dan seterusnya kepada warga Kajang boleh diperkasakan lagi. Pengalaman Chew Mei Fun di dalam kerajaan akan menguntungkan masyarakat Cina di Kajang, kerana kita tidak mahulah seperti seorang Timbalan Menteri yang diberi peluang oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana beliau tiada pengalaman di dalam kerajaan, dia gagal dan meletak jawatan. Chew Mei Fun juga pernah menjadi Ahli Parlimen di kawasan Petaling Jaya Utara (1999-2008)

Masyarakat Cina di Malaysia memerlukan kepimpinan Chew Mei Fun yang tegas, berprinsip tetapi bersikap sederhana. Jika berlaku rombakan Kabinet selepas MCA melalui EGM Khasnya menerima semula untuk kembali kepada Kabinet di peringkat pusat dan negeri, maka saya berpandangan masyarakat Kajang akan lebih beruntung seandainya Chew Mei Fun awal-awal lagi dicadangkan untuk kembali kepada kabinet.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...