Rabu, 19 Februari 2014

Mana janji @Alihamsa55 Merakyatkan Perkhidmatan Awam Sedangkan Kakitangan Sokongan Sering Ditindas Oleh Pegawai Atasan @NajibRazak @TKSUKJPM


Hampir 70 pekerja kakitangan kerajaan di tiga insitusi terlibat bukan sahaja tidak diajak berunding, sebaliknya diberi kata dua iaitu menyertai skim korporat atau dibersarakan dari perkhidmatan awam. Paling dikesali Cuepacs selaku payung bagi penjawat awam di Malaysia juga tidak dimaklumkan mengenai isu tersebut dan hanya mengetahuinya menerusi aduan kakitangan terbabit. Serta setiap aduan kakitangan sokongan tidak di indah kan oleh pegawai atasan dan sering menjadi masa keadaan dengan tidak memberi tugasan kepada kakitangan awam tersebut.

Presiden Cuepacs atau Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam, Azih Muda berkata jika kementerian berkenaan meneruskan hasrat pengkorporatan itu, ia amat bercanggah dengan komitmen kerajaan yang mahu menjaga kebajikan penjawat awam di negara ini. "Kita terima banyak aduan daripada kakitangan di tiga agensi itu yang mahu terus berkhidmat sebagai penjawat awam. "....Malah disebabkan pengkorporatan itu pembekuan pertukaran jawatan telah dilakukan sejak 2012," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs di sini. 


Azih berkata satu mesyuarat dengan pihak Mosti akan diadakan esok, manakala pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dijangka diadakan dalam masa terdekat. Dalam perkembangan lain, Azih berkata pihaknya akan menghidupkan semula secepat mungkin Program Penghospitalan dan Pembedahan dikenali sebagai Cuepacs Care yang dihentikan sejak 2009 dalam usaha memastikan penjawat awam yang layak mendapat kemudahan kesihatan terbaik.
Kementerian Kewangan telah bersetuju menyediakan bantuan sebanyak RM9.2 juta kepada Cuepacs untuk menghidupkan semula program itu, katanya. Azih berkata sejak diperkenal pada 1999, program yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat insurans Sun Life Malaysia Takaful Berhad itu kini mempunyai kira-kira 300,000 ahli. "Setakat ini kira-kira 40,000 orang telah dapat rawatan di hospital swasta menggunakan Cuepacs Care," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...