Ahad, 12 Januari 2014

Husam Cuba Tegakkan Benang Yang Basah Dan Memutar Belitkan Fakta @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Apa lagi yang Husam nak sedangkan keseluruhan  penduduk didalam Putrajaya mojariti menolak habis habisan Dato Husam sebagai ahli Parlimen Putrajaya sedangkan Dato Seri Tengku Adnan sudah dikenali dan beliau telah banyak membantu menyelesaikan masalah rakyat yang di dalam Putrajaya sejak dari tahun 2004 lagi Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sangat dikenali oleh penduduk di Putrajaya yang bersifat pemurah hati dan suka beramah mesra dengan penduduk di dalam Putrajaya.
Husam juga telah melemparkan kata kata kesat kepada ahli Parlimen Putrajaya  iaitu Datuk Seri Tengku Adnan dan mengatakan "Ahli Parlimen Putrajaya mula naik tocang dengan mengatakan Tengku Adnan sesuka hati menaikan harga tanah 300%" kenyataan nya  itu adalah tidak benar masyarakat putrajaya semua sudah tahu apa yang berlaku mungkin Husam yang tidak menetap dalam Putrajaya sesuka hati membuat andaian dan melemparkan tuduhan kepada Datuk Seri Tengku Adnan.
Dalam ucapan beliau Dato Husam juga mengkritik mengenai isu "hardrock cafe". Beliau memperlekehkan ucapan Datuk Seri Tengku Adnan mengatakan tidak ada lagi ciri ciri "Hardrock Cafe" berunsurkan keislaman seperti mengetengahkn lagu2 nasyid dan menjual barangan bercirikan islam. Ternyata Dato Husam tidak tahu menilai kan sindirin yang di buat oleh Datuk Seri Tengku Adnan kepada pemilik Hardrock Cafe itu sendiri dan mungki ini bermakna  Dato Husam sendiri pernah menjejakkan kaki ke Hardrock Cafe sebab beliau serba mengetahui apa yang ada di dalam hardrock cafe itu sendiri.
Penduduk Putrajaya menyucapkan berbanyak banyak berterima kasih kerana YB Datuk Seri Tengku Adnan yang telah membina  sekolah Ugama Rakyat di Presint 9 pada tahun 2006. Dan Husam tidak perlu menghina serta mengatakan orang UMNO seperti Datuk Tengku Adnan  tidak pernah membina serta mencadangkan sekolah Agama Rakyat di adakan di dalam Putrajaya sedangkan Datuk Seri Tengku Adnan sendiri telah bertungkus lumus dan memperjuangkan Sekolah Agama Rakyat hendaklah di bina di dalam Putrajaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...