Ahad, 5 Mei 2013

Persiangan Sengit Pengundi Tengku Nan Meningkat 70% Husam Mula Berang @Tengkuadnanreal @tunfaisal @najibrazak


Ternyata Tengku Adnan masih diterima oleh warga Putrajaya dan mereka yang hadir ke pusat buangan undi pagi tadi amat gembira apabila DS Tengku Adnan bersama sama mereka berbual serta bergambar bersama calon mereka iaitu DS Tengku Adnan Ahli Parlimen Putrajaya



Kemesraan DS Tengku Adnan tiada tandingan  dan DS Tengku Adnan menyeru kepada Warga Putrajaya serta Pengundi Putrajaya hendaklah memilih Barisan Nasional kerana ia adalah sebuah parti perjuangan  siasah dari dulu lari sehingga hari ini rakyat hidup dengan selesa dan aman.



Calon BN, Tengku Adnan tiba di lokasi pembuangan undi tepat jam 9.08 pagi bersama isteri. Beliau menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya di saluran 1. Dalam pada masa yang sama, beliau mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi kerana berjaya keluar awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


"Saya ucapkan syabas kepada pengundi-pengundi di seluruh negara yang kita minta penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk keluar pagi-pagi lagi kerana kita takut apa yang dilakukan oleh puak-puak yang desperate, jadi kita minta semua pengundi kita keluar lebih awal. "Saya takut akan timbul perkara-perkara yang tidak disenangi," katanya.

Menyentuh berkenaan rancangan pembangkang yang akan berkumpul di Putrajaya dengan tujuan yang tidak elok, Tengku Adnan bertegas bahawa langlah keselamatan telah dan akan diambil bagi mengelakkan kekacauan. "Kita dah laporkan pada polis. Mereka datang buat konvoi beramai-ramai, saya harap mereka rasional sikitlah. 

Datin Seri juga sempat beramah mesra dengan warga sekitar Putrajaya

"Kerana kita ada pilihan raya, setiap empat tahun sekali rakyat akan pilih kerana itu memang hak rakyat. "Jadi janganlah menuduh pihak-pihak berkuasa seperti SPR dan orang lain bahawa kita tak melaksanakan tanggungjawab dengan baik,"

"Kalau kita tipu sudah pasti mereka tidak akan menang enam negeri termasuk wilayah persekutuan pada tahun 2008 yang lalu," katanya. Pusat mengundi kawasan Metropolitan di Sek Keb Presint (9) masih dipenuhi rakyat yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka di hari mengundi. Pengundi di lihat tidak putus-putus masuk ke perkarangan sekolah untuk menjalani proses mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini. 


Di pusat mengundi ini, saluran mengundi terpecah kepada 11 saluran yang membolehkan 7063 orang pengundi berdaftar di bawah SPR membuang undi. Pecahan pengundi di kawasan ini mengikut golongan; lima peratus bagi golongan OKU dan selebihnya adalah pengundi biasa. Peratusan mengikut kaum pula, lima peratus mewakili kaum India, lima peratus kaum Cina dan 90 peratus kaum Melayu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...