Jumaat, 5 April 2013

@TengkuAdnanReal Bersedia Berkhidmat Untuk Rakyat Warga Putrajaya

Sebagai pengundi di P125 Parlimen Putrajaya, kita melihat calon dari pelbagai perspektif dan pandangan yang berbeza-beza.

Umum mengetahui mengenai pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang awal-awal lagi dengan nada yang penuh yakin menamakan semula YBM Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai calon buat penggal ke tiga berturut-turut.

Mari kita lihat dari segi fakta yang perlu diperhalusi dari segala bentuk aspek kalau kita ambil kira sumbangan YB Tengku Adnan dalam tempoh selama beliau menjadi YB pelbagai pembaharuan dan usaha beliau dalam membantu komuniti di Putrajaya termasuklah memberi peruntukan untuk menambah baik surau di semua kawasan penduduk terutamanya surau yang digunakan untuk solat jumaat. Selain itu,YB juga memainkan peranan penting sehingga wujudnya sekolah agama di Putrajaya.

Dari segi pendidikan, YB tidak pernah lupa akan anak-anak di Putrajaya dengan pelbagai bantuan sekolah daripada pakaian sehinggalah kepada bantuan berbentuk wang untuk belanja buku dan sebagainya.

Keperihatinan YB diteruskan lagi apabila beliau tidak henti2 memberi penekanan yang khusus kepada pertubuhan belia yang mana bergerak secara aktif di Putrajaya. YB dan pusat khidmatnya senantiasa memberi bantuan dalam pelbagai bentuk dan menyokong dengan penuh iltizam terhadap segala program belia di Putrajaya.

Peranan YB juga dapat diterjemahkan melalui kesungguhan beliau membantu penjawat awam yang menetap di Putrajaya yang mana rata2nya menghadapi masalah kelewatan pengangkutan awam iaitu nadi putra. YB begitu taksub memperjuangkan masalah komuniti di Putrajaya sehingga berjaya mewujudkan pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan servis perkhidmatan bas dengan niat komuniti dapat hidup dengan layanan kelas pertama di Putrajaya.

Selain itu, YB juga telah membawa kepada pembinaan rumah PR1MA dalam usaha beliau membantu golongan yang tidak kemampuan tetapi ingin terus menetap di Putrajaya. Banyak pembinaan yang bersifat sosial telah berjaya dibina oleh YB yang mana telah mendapat respon yang begitu baik oleh pengundi di P125 Parlimen Putrajaya.

Ia bukanlah satu kerja yang mudah, ramai yang lebih gemar untuk mengkritik dengan melabelkan YB Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai YB yang selesa dan mudah kerana tidak perlu untuk membuat pembangunan atau pembinaan mega. Tetap mereka lupa yang sebenarnya pembinaan rohani & usaha melengkapkan komuniti dengan layanan kelas pertama adalah sangat sukar.

AKU UNDI BARISAN NASIONAL
AKU SOKONG TENGKU ADNAN
AKU PEMUDA UMNO PUTRAJAYA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...