Ahad, 7 April 2013

PR Bengang Apabila PM @NajibRazak Umumkan 3 Kali Kenaikan Gaji Untuk Kakitangan Awam


Penjawat awam, yang merupakan tulang belakang pembangunan ekonomi negara, mempunyai prospek lebih cerah untuk kenaikan pangkat dan pembangunan bakat jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Menurut Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, BN akan memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam. Ini termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan. 

Sebelum ini, kerajaan BN telah memperkenalkan dan memperkemaskan gred skim penggajian untuk penjawat awam termasuk kenaikan gaji secara keseluruhan dan beberapa inisiatif baharu yang berjumlah RM2 bilion. Selain itu turut menyediakan tambahan tiga kali kenaikan gaji tahunan selepas mata gaji mencecah paras maksimum dalam jadual gaji berkuatkuasa 1 Jan 2013.


Kerajaan BN juga baru-baru ini telah menyeragamkan gaji anggota polis dan tentera supaya setara dengan anggota perkhidmatan awam bagi menyediakan gred gaji yang lebih tinggi serta memperkenalkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk anggota tentera dan polis dengan peruntukan sebanyak RM12 juta. Selain itu, BN berjanji akan melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap. 

Golongan kurang upaya (OKU) juga akan diberi perhatian istimewa bagi memanfaatkan potensi dan kemampuan yang dimiliki. Manifesto BN turut menekankan dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan awam, BN akan memperkenalkan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' dengan memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama. 

Ia juga berjanji akan menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk pejabat-pejabat daerah dan kerajaan tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat. BN juga berjanji untuk menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan. 

Menyentuh mengenai sumber manusia, BN akan memperkenalkan program-program pengambilan pekerja dengan memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

2 ulasan:

  1. Salam perjuangan....
    Blog tuan dah saya pautkan. Mohon tuan pautkan pula blog saya:
    http://mycybertrooper.net.ms/feed/

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. slm tuan, mohon tuan pautkan blog http://perigitimur.blogspot.com/ di blog PH, blog tuan sdh pn dipautkan di blo PT..tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...