Isnin, 29 April 2013

Belum Apa Apa Husam Takut Terima Cabaran Berdialog Bersama Kickdafella APA CER!!!

Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan nama Blogger Kickdafella mencabar bekas bosnya,Datuk Husam Musa membuat ujian poligraf untuk membuktikan dirinya bukan seorang pembohong dalam beberapa isu.

Serentak dengan itu beliau mencabar Naib Presiden PAS itu untuk berdialog pada Kamis depan di Putrajaya mengenai janji-janjinya di Kelantan yang tidak ditunaikan.

Pada sidang media di Putrajaya, Ahad, Azidi berkata kalau Husam pernah mencabar Datuk Sharzly Eskay Abdullah @ Datuk T untuk membuat ujian poligraf berhubung isu video seks Anwar Ibrahim, maka dia harus berani buat ujian politigraf hari ini.

"Kalau dia sanggup buat ujian poligraf, saya pun bersedia pada bila-bila masa," katanya.

Mengenai buku "Kenali Husam" yang berlegar di sekitar Putrajaya, Azidi berkata dia berjaya memperolehi senaskah daripada seorang sahabatnya yang juga sahabat Husam.

"Saya difahamkan Husam sudah buat laporan polis mengenai buku itu kerana ia tidak mengandungi nama penulis dan penerbit. Saya nak cabar Husam, selain buat ujian poligraf dan berdialog, dia juga mesti buat satu lagi laporan polis terhadap isi kandungan buku ini.

"Berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan Husam selama dua tahun tujuh bulan serta maklumat yang dapat saya akses sepanjang tempoh itu, apa yang ada dalam buku ini bagi saya semuanya adalah betul.

Oleh itu saya cabar Husam supaya buat laporan polis terhadap isi kandungannya supaya polis dapat siasat ia benar atau tidak," katanya.

Menurut Azidi dia juga mengenali individu-individu yang disebutkan di dalam buku berkenaan di bawah tajuk "Kroni dan pengutip derma Husam Musa" itu.

"Mereka memang ujud. Salah individu itu adalah orang yang menghantar SMS kepada saya untuk memaklumkan buku itu berlegar di Putrajaya,"-katanya.

"Pengundi Putrajaya kena baca buku ini kerana maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah benar. Kalau orang Putrajaya nak kenali siapa Husam yang sebenarnya, mereka perlu baca buku ini," katanya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...