Isnin, 11 Mac 2013

Tahniah @AzwanBro Mewujudkan Jentera Siber Perak Dikenali @TeamMediaPerak Langkah Yang Tepat @ZambryAbdKadir @TunFaisal

Team Media Perak (TMPk) telah berkerja keras dan untuk mengadakan Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda BN Perak yang telah berlangsung selama 3 hari bermula jumaat lepas. Kursus ini khas diadakan untuk jentera-jentera siber BN dari semua Parlimen di Perak.

Penyertaan adalah dari kalangan Pemuda Umno, Penerangan Umno Bahagian dan Unit Media Rela. Kursus sebegini juga adalah yang pertama diadakan di negeri Perak. Hasil kerjasama Pemuda Umno Perak dan UMB Perak.

Fasilitator didatangkan khas dari seluruh pelusuk Negara termasuk dari Putrajaya, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ucapan terima kasih kepada Pengerusi UMB Pusat iaitu saudara Tun Faisal Ismail yang sanggup datang dari Putrajaya bersama-sama menjayakan kursus ini.

Dan sejarah tercipta apabila Ketua Pemuda UMNO negeri Perak saudara Khairul Azwan sendiri merasmikan kursus ini seterusnya melancarkan UMB Perak yang turut dikenali dengan nama Team Media Perak. Turut hadir ialah Pengerusi UMB Perak saudara Hairul Anwar dan saudara Khairul Ridzuan Ketua Setiausaha MKN Perak.

Kini UMB Perak tanpa berlengah akan meneruskan perjuangan media baru dengan kekuatan hampir 60 orang jentera seluruh Perak. Bilangan ini akan ditambah dari masa ke semasa. Memandangkan UMB adalah produk UMNO maka tidak perlu ada rasa sangsi dengan semangat perjuangan mereka.

Dengan peperangan dunia siber semakin hebat menjelang PRU13, UMB Perak diharap akan dapat memperhebatkan serangan dan pertahanan demi
kemenangan Barisan Nasional

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...