Selasa, 19 Mac 2013

PR Meroyan Lagi Apabila Sokongan @NajibRazak Meningkat 75% @TengkuAdnanReal @TunFaisal

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata hampir 75 peratus daripada ribuan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menunjukkan sokongan penuh dan percaya dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rumusan itu adalah berdasarkan sambutan hangat yang diterima BN dalam beberapa siri Himpunan Barisan 1Malaysia yang diadakan di seluruh negara sejak empat bulan lepas, katanya.

"Kita jemput mereka, dan mereka hadir untuk bersama-sama kita. Yang selebihnya itu sama ada mereka atas pagar atau sokong sebelah sana (pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan NGO baharu "Sahabat Ulil Amri" di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Sahabat Ulil Amri diilhamkan oleh sekumpulan aktivis Malayu Islam, bertujuan menjaga keharmonian negara dan perpaduan masyarakat daripada sebarang anasir luar.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata NGO boleh menjadi kuasa ketiga dalam menentukan hala tuju negara dan kelangsungan pemerintahan kerajaan.

Katanya kuasa NGO itu diletakkan selepas kuasa pemerintahan dan pengaruh parti-parti politik di negara ini.

"Dan tiga-tiga kuasa dalam masyarakat ini perlu digembleng ke arah kebaikan. Akhirnya wujud sebuah negara aman, harmoni dan bersatu," katanya.

Sempena pelancaran NGO itu juga sebanyak 3,000 bungkusan makanan diedarkan kepada orang ramai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...