Jumaat, 8 Mac 2013

Perjuang Siber BN Bersiap Bersedia Hadapi Serangan Dalam Tempoh 2 Minggu Parlimen Dibubar

Semua pejuang Siber BN di minta bertenang dan fokus kepada serangan. Dlm tempoh 2 minggu terakhir sebelum Parlimen dijangka bubar ini, Anwar dan sekutunya akan mengunakan dana mereka untuk membuat banyak kejutan yang luar biasa. Selain dari membawa pulang Bala, hari ini pula kita dikejutkan dengan kenyataan mengejut bapa Saiful Bukhari yang mengatakan anaknya digunakan oleh Peg Khas PM untuk memburukkan Anwar. Selepas ini banyak lagi kenyataan yang akan berubah 180 darjah kerana duit.

Dakwaan konspirasi UMNO tidak langsung menghalalkan apa yang Anwar lakukan dengan Saiful. Sungguhpun ianya berlaku secara suka sama suka sepertimana diungkapkan oleh Karpal Singh semasa proceeding mahkamah, apa yang penting rakyat negara ini layak mendapat seorang Perdana Menteri yang tidak membuat aktiviti terkutuk tersebut.

Terus sedarkan rakyat tentang penglibatan Anwar disebalik Pencerobohan Sabah oleh Penganas Sulu sepertimana didedahkan oleh badan perisik Filipina. Dedahkan perjumpaan Anwar dan Misuari, Perjumpaan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu yang menyerang kita dan ceritakan kepada rakyat pengakuan Nur Misuari bahawa perceroboh sulu tersebut ada yang keluarganya.

Jangan bagi peluang Anwar mengalih tajuk perbincangan kita. Kekalkan serangan tentang kenyataan Tian Chua bahawa Lahad Datu Sandiwara UMNO dan kebiadaban beliau yang mengatakan Komando Kita Mati Katak. Detik perperangan sengit baru bermula, jangan patah semangat, tingkatkan serangan. Jangan biarkan masa depan negara ini musnah kerana kita longlai bila berhadapan dengan dana yahudi yang disalurkan melalui Anwar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...