Selasa, 12 Mac 2013

Kali Ini DAP Pula Komited Ingin Tawan Putrajaya Tampa Menghiraukan Pakatan Rakyat @tengkuadnanreal @najibrazak @tunfaisal

Keputusan meletakkan Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong akan menjadi batu loncatan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
Beliau berkata Pengerusi Persatuan Himpunan Hijau itu mempunyai aura dan pengaruhnya yang tersendiri dan mampu menarik lebih lebih banyak sokongan rakyat kepada gagasan itu, terutama di kalangan penduduk tempatan yang membantah operasi kilang Lynas di Gebeng.
 
"Sejarah besar akan tercipta jika DAP berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN), sekaligus memudahkan perjalanan mereka ke Putrajaya.
 
"Pakatan Rakyat amat komited dan serius dalam usaha menawan Putrajaya bagi membawa perubahan dari pelbagai sudut, seperti dasar dan pembangunan," kata Guan Eng pada sidang medianya di Ibu Pejabat DAP petang tadi.
 
Wong Tack sebelum ini mengetuai beberapa siri bantahan operasi kilang Lynas kerana mendakwa ia membahaya dan merisikokan kesihatan penduduk dan kehidupan yang berada berhampiran dengan kawasan itu.
 
Beliau sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengugut untuk membakar kilang itu jika kerajaan persekutuan enggan menutup operasinya.
 
Ugutan Wong Tack itu mendapat kritikan banyak pihak sehingga menyebabkan beliau memohon maaf di atas tindakannya itu.
 
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi berkata ugutan Wong Tack itu adalah tindakan peribadinya dan PKR tidak bersama dengannya.
 
Dengan pengumuman bersabit pencalonannya itu, Wong Tack secara rasminya akan berdepan penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Tiong Lai sebelum ini mengalahkan pencabarnya dari PKR, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti 12,549 undi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...