Rabu, 20 Mac 2013

Anwar Rakus Mencari Mangsa Liwat Di Perak Pulak Betul Kee Cerciter Cerciter???


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. 

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

 "Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor. "Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini. Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau memegang kerusi sehingga 1999. 

Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah. Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu. "Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia. "Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi. 

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar turut mengumumkan lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak. Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...