Selasa, 24 Julai 2012

Pengamal Media Digalakkan Menyertai Askar Wataniah

Pengamal media digalakkan menyertai platun media Askar Wataniah agar dapat bersama merasai pengalaman mengikuti misi dan operasi ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penglibatan mereka dalam platun itu juga penting bagi memastikan mereka sentiasa dipersiap dengan kemahiran asas termasuk teknik mempertahankan diri semasa membuat liputan di kawasan bergolak.

"Seramai 13 anggota platun media Askar Wataniah yang telah ditauliahkan pada 17 Julai lalu setelah menjalani latihan selama 240 jam, akan menyertai lawatan saya ke Mindanao, Filipina pada 27 Ogos ini.

"Mereka juga akan dibawa secara rasmi mengikuti operasi bukan sahaja di tanah air bahkan di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di sini.

Majlis itu juga menyaksikan Ahmad Zahid, yang mewakili tabung-tabung kebajikan di bawah Kementerian Pertahanan, menerima sumbangan RM400,000 daripada Pengarah DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd, Datuk Azzat Kamaludin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...