Selasa, 8 Mei 2012

Pendedahan Dari Blog Perdana Hitam Akhirnya Berhasil Pembohongan Saifuddin Terjawab @NajibRazak @TengkuAdnanReal @ZakiZahid @Tunfaisal


Pendedahan yang dibuat oleh Blog Perdana Hitam akhirnya terjawab setelah pembohongan yang di buat oleh Setiausaha Agung Pakatan Rakyat Saifuddin Nasution tidak berhasil.

Pembohongan itu mengaitkan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Daisy Putrajaya.  

Sebenarnya Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Bunga Daisy Putrajaya adalah Abdul Aziz Bin Mohd Yusof adalah seorang pemandu yang berkerja di Bahagian Kabinet di Jabatan Perdana Menteri



PUTRAJAYA – “Saya yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, bukan seperti dakwaan dalam sebuah blog,” kata Abd Aziz Mohd Yusof, 53.
Pemandu di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu menganggotai Umno 30 tahun lalu dan memegang jawatan di cawangan berkenaan dua penggal dalam tempoh 10 tahun itu. 
Abd Aziz yang sama nama dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tampil menafikan tuduhan­ di blog bahawa Pengerusi SPR itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Umno Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya.
Beliau terkejut ia dijadikan isu oleh pembangkang, sedangkan ia tidak benar. “Ini permainan biasa pembangkang yang cuba menjatuhkan imej Umno dan mengelirukan rakyat. 
“Saya menasihatkan mereka (yang terlibat) hentikan fitnah ini,” katanya. Anak kelahiran Pedas, Negeri Sembilan ini berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan sejak 1979.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...