Ahad, 1 April 2012

Sekali Lagi @NajibRazak Dituduh Menzalimi KSN Dan KPPA Mengenai Isu SBPA


Kenapa benar benar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ingin menpertahankan KSN dan KPPA sedangkan isu SBPA sudah lama selesai.

Atau adakah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah mempunyai agenda yang tersendiri untuk mengulingkan Kerajaan yang ada sekarang ini iaitu kerajaan Barisan Nasional.


Semua pekara ini susah untuk di rangkaikan oleh semua pihak dan semua agensi kerajaan di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Dan kegagalan SBPA bukan lah hanya terletak kesalahan kepada Perdana Menteri kerana kenaikan gaji bagi kumpulan premium ( Laporan C ) tidak pernah diketahui oleh Perdana Menteri itu sendiri.
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Amat tidak adil jika Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abduct sahaja yang dipertanggungjawabkan akibat kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sebarang tindakan terhadap mereka berdua sahaja adalah zalim dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang paling bertanggungjawab terhadap kemelut itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
"Kalau hendak diambil tindakan, bukan paksa mereka berdua sahaja berundur dengan tidak menyambungkan kontrak perkhidmatan mereka.
"Perdana menterilah yang pertama sekali mesti meletak jawatan dan berundur kerana kemelut SBPA itu," katanya.
Perdana Menteri adalah orang yang paling bertanggungjawab yang menyebabkan kemelut SBPA itu berlaku kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA), kata Mahfuz.
"Skim SBPA itu tentu dibentangkan kepada JKK-MPGSA sebelum dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.
"Skim itu bukannya penggunaan duit tunai runcit di pejabat untuk membeli pensil misalnya, ia perlu dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.
"Jika telah dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan sebelum itu kepada JKK-MPGSA, tentulah Najib sebagai Perdana Menteri telah mempersetujui dan meluluskan skim itu terlebih dahulu sebelum diumumkan," katanya.
Sebab itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najiblah orang yang bertanggungjawab terhadap skim itu.
"Adakah Najib mahu mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang skim SBPA itu sebelum ia diumumkan?
"Adakah SBPA dilaksanakan tanpa persetujuan Perdana Menteri? Kalau begitu, Najib buat apa?" Mahfuz mempersoalkan.
Mahfuz juga mengecam putar belit yang meletakkan Najib sebagai penyelesai dan penyelamat kemelut SBPA itu.
"Kononnya Najib terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA.
"Sedangkan, beliaulah antara yang paling bertanggungjawab sejak dari awal lagi terhadap skim yang dilihat menindas pekerja bawahan sektor awam itu," kata beliau.
Untuk menyelamatkan Najib yang dipertanggungjawabkan berikutan bantahan kakitangan awam terhadap SBPA, diputarbelitkan berita kononnya hanya kewibawaan kepimpinan Mohd Sidek dan Abu Bakar sahaja yang dipersoalkan selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.
Abu Bakar dilaporkankan tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.
Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.
''Tunggulah dua tiga hari lagi," sebuah akhbar harian memetik beliau sebagai berkata ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.
Akibat bantahan meluas dari kakitangan awam, Najib akhirnya terpaksa membatalkan SBPA yang telah pun dilaksanakan dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.
Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.
Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pengunduran mereka kononnya untuk menyelamatkan imej kerajaannya sebelum pilihan raya akan datang.
Mengulas spekulasi itu, Mahfuz berkata: "Jika Najib mengumumkan pengunduran itu, beliaulah orang yang paling tidak malu kerana beliaulah yang terlebih dahulu patut berundur sebelum Mohd Sidek dan Abu Bakar diundurkan secara paksa".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...