Sabtu, 7 April 2012

Barisan Nasional Yakin Akan Menang Besar Kalau Jentera Berkerja Keras Kata Tan Sri Muhyiddin


Ahli-ahli Umno di peringkat cawangan diminta supaya memberi fokus kepada perbincangan yang dapat membantu memberikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, PRU13 adalah cabaran paling getir kepada BN kerana situasi politik negara sudah berbeza dan tidak seperti dahulu. 

“Gerakan pembangkang dilihat agak drastik yang kononnya hebat melalui siri jelajah ceramah di seluruh negara untuk mempengaruhi rakyat. “Sedangkan pembangkang hadapi banyak isu membabitkan pemimpin mereka yang dilihat lebih besar berbanding BN,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Pekembar di sini, semalam.  


Katanya, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan PRU semakin hampir, maka beliau mahu pemimpin setiap cawangan termasuk Pemuda danPuteri membuat persiapan lengkap. Beliau juga mahu pastikan supaya undi BN pada kali ini jauh lebih baik berbanding undi pada PRU lalu. 

“Sebab itu dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan yang tinggal menjelang PRU ini minta supaya buat persiapan rapi terutamanya berkaitan pengundi. “Saya harap setiap cawangan sudah tahu berapa undi yang perlu dijaga dan kita harus semak senarai pengundi di setiap kampung sama ada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia,” katanya. 

Muhyiddin berkata, senario di peringkat nasional di setiap kawasan Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini juga harus diambil kira. “Pada PRU lalu, kita gagal peroleh dua pertiga kerusi iaitu memenangi 140 kerusi daripada 220 kerusi undi parlimen di seluruh negara. Jadi, jika kita tidak berusaha keras, mungkin akan sukar untuk rebut kembali kerusi itu. Tambahan pula pembangkang sekarang melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan. 

"Kita juga berhadapan dengan tugas besar untuk mengembalikan keyakinan pengundi tentang kemampuan BN dan Umno membawa perubahan dalam hidup rakyat,” katanya. Sementara itu, dalam majlis berlainan, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada 170 pesara-pesara polis daerah Muar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...