Rabu, 14 Mac 2012

Video Zul Nordin Akui PKR Sudah Lama Terima Dana NGO Yahudi !!


Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun, kita menerima bantuan asing. 

Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi. 

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR, di pejabat Anwar Ibrahim sendiri penglibatan badan-badan asing ini. Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12. 

“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri, Bahagian Kulim Bandar Baharu diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12.

Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macammana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu” ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Kerajaan BN) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

“Yang itu kita sedar sekarang ini dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (Pakatan Pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang kita tahu yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita,” tambahnya lagi. Media UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...