Rabu, 21 Mac 2012

Tindakan Nizar Terang Terang Menyalahgunakan Kuasa Ketika Menjadi Menteri Besar Perak Dahulu @ZambryAbdKadir

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menyangkal dakwaan pihak pembangkang bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Samsudin Hashim disingkirkan daripada jawatan yang disandangnya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Kebangsaan Ke-41 di Hutan Paya Laut Matang, pagi tadi, beliau berkata, pengumumkan rasmi berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau mengulas dakwaan pihak pembangkang Samsudin disingkirkan daripada jawatannya kerana tidak boleh bertolak-ansur dengan gejala rasuah yang dikaitkan dengan agensi berkenaan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, ketika Pakatan Rakyat menguasai negeri Perak, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga pernah menyalahgunakan kuasa untuk melantik seseorang tanpa merujuk atau membawa perkara itu kepada pengetahuan lembaga pengarah.

"Tindakan Nizar itu secara terang-terangan menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya untuk menyingkirkan seseorang.

"Tetapi kita tidak akan berbuat demikian kerana tertakluk pada peraturan dan undang-undang yang digunapakai oleh kerajaan negeri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...