Khamis, 15 Mac 2012

SBPA Tidak Dapat Selesaikan Masalah 1.4 Juta Gaji Kakitangan Awam Kata @NajibRazak


Seorang Anggota Parlimen Barisan Nasioanl (BN) hari ini menyelar wakil pembangkang yang cuba mendapatkan pujian daripada keputusan kerajaan membatalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) minggu lalu. 

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata 'kekurangan' dalam SBPA bukan hanya dikesan oleh pembangkang sahaja, sebaliknya turut disedari para penyokong kerajaan. "Jangan menidakkan kepekaan kami sebab kami juga sedar sistem ini akan memudaratkan penjawat awam kerana itu kami menyokong tuntutan Cuepacs. 


"Jangan ingat kami tidak boleh berfikir langsung, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedia mendengar pandangan sebab itu keputusan ini diambil," katanya ketika mencelah perbahasan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Azmin ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mendakwa pembatalan SBPA merupakan hasil manifestasi suara rakyat khususnya penjawat awam yang diperjuangkan pakatan pembangkang.

"Kalau tidak ada pakatan rakyat dan PKR yang mendesak SBPA diteliti semula saya percaya ia (SBPA) akan diteruskan," kata Azmin. Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri ketika mengumumkan keputusan untuk membatalkan SBPA menjelaskan bahawa kerajaan membatalkan skim baru itu kerana ia tidak mencerminkan komitmen kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012. 

Dalam Belanjawan pada Oktober lepas, Najib menyatakan pelarasan gaji penjawat awam adalah di antara tujuh dan 13 peratus di samping peningkatan pendapatan tahunan antara RM80 dan RM320. Bagaimanapun apabila skim itu dikemukakan, ia tidak memenuhi komitmen kerajaan dan kerana itu keputusan untuk menghapuskan SBPA diambil, kata Perdana Menteri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...