Sabtu, 17 Mac 2012

SBPA Gagal , KSN Dan Ketua Pengarah JPA Diarahkan Letak Jawatan Dengan Segera


Sebagai penjawat awam mestilah bertanggungjawab apa yang telah dilakukannya. Mereka ni seperti menconteng arang di muka Perdana Menteri, sama ada mereka letak jawatan atau mohon maaf sebagai memulihkan luka yang terguris disebabkan SBPA. 

SBPA yang dirangka oleh kedua2 mangkok hayun ini hanya menguntungkan perut mereka sendiri sahaja. Tolonglah berhenti dan berikan jawatan itu kepada orang yang lebih layak.

Ini termasuklah semua panel yang bodoh gila membincangkan SBPA ini harus letak jawatan! Belajar tinggi-tinggi tapi bodoh tak habis-habis. 

Kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang lain plak dengan keputusan bangang diorang. 


Desakan agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyegerakan persaraan mereka kini semakin lantang.

Terbaru, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pula membuat desakan itu ekoran kontroversi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga ia terpaksa dibatalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mohd. Sidek dan Abu Bakar perlu mengambil tanggungjawab ekoran kontroversi itu dan bukannya mendiamkan diri. 

Katanya, mereka perlu mencontohi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil tanggungjawab atas kontroversi membabitkan suaminya apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri mulai 8 April ini.

Posted in : Isu Semasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...