Rabu, 21 Mac 2012

Rakyat Kelantan Kecewa Dengan Nik Aziz Isu Air MTRK Buat Laporan SPRM

PUTRAJAYA: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) pada Selasa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu.

Presiden MTRK Che Azmi Mohd Ali berkata meskipun kerajaan pusat telah memberi peruntukan, masalah air dilihat masih membelenggu 40 peratus rakyat Kelantan terutamanya di kawasan pedalaman dan pinggir bandar yang terpaksa menggunakan sumber air bukit, air sungai dan air telaga tiub untuk kegunaan harian.

"Kami rakyat Kelantan tidak mengharapkan menara berpusing atau lebuh raya bertingkat...kami hanya mahu air bersih," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM di sini.

Che Azmi mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Datuk Md Ainizam Abdul Rahman supaya melepaskan jawatan itu kerana tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...