Selasa, 13 Mac 2012

Mahfuz Omar Mempertahankan Ketua Setiausaha Negara(KSN) Isu SBPA


Ini menunjukkan bahawa 4 kumpulan Premier telah menerima gaji iaitu Kumpulan Premier 4 adalah   RM35,000; Premier 3,  RM40,000;   Premier 2,  RM45,000 dan   Premier 1, RM60,000 iaitu gaji Ketua Setiausaha Negara 

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dimansuhkan, masih timbul persoalan mengenai status bayaran terkini yang diterima 36 anggota dalam Kumpulan Premier dan 350 penyandang Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) yang telah menandatangani dokumen persaraan di bawah skim gaji kontroversial itu. 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan timbul kerana kumpulan itu telah diminta menandatangani persaraan dan dilantik semula sebagai penyandang jawatan kontrak mulai 1 Januari lalu. “Mereka telah bersara ketika SBPA dimansuhkan sedangkan mereka telah dilantik mengikut SBPA dan diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini bahawa mereka telah menerima imbuhan atau gaji dari Januari hingga Februari.  


“Ini menunjukkan mereka telah terima gaji selama dua bulan mengikut SBPA di mana gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM35,000; Premier 3, RM40,000; Premier 2, RM45,000 dan Premier 1, RM60,000 iaitu gaji yang diterima Ketua Setiausaha Negara,” katanya yang juga Naib Presiden Pas pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. 

Terdahulu, Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri menyatakan penangguhan pelaksanaan dan semakan semula SBPA dan mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang berhubung penggubalan skim itu. Mahfuz turut mempertikaikan jawapan Perdana Menteri yang didakwa tidak menjawab soalan ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi.

“Penjelasan PM tadi begitu menyedihkan. Sepatutnya beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Gaji Peringkat Kabinet sebelum perkara ini diputuskan dan dibentangkan untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) 27 Disember lalu tahu apa kelemahan skim ini. “Setelah ianya dibatalkan, saya hanya mahu tahu status terkini gaji mereka, mengapa Najib memberikan jawapan yang tidak masuk akal. 

Dia kata saya jaga 36 orang sedangkan dia jaga 1.3 juta orang,” katanya. Mahfuz turut mempertikaikan jumlah bayaran diterima kumpulan itu setelah bersara. “Bila mereka pencen, mereka akan diberikan ganjaran pencen, saya difahamkan ada antara mereka yg terima ganjaran pencen hampir RM500,000. Najib patut mohon ampun dari Yang di-Pertuan Agong kerana seolah-olah mempersendakan baginda. Pada 27 Disember mohon perkenan, bulan Mac pula umum batal,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...